Hati ini Sakit

Ini adalah entry tidak puas hati!!

Sunglass aku telah dilarikan MANUSIA.

Adoiiiii..tension tau disaat2 nak pakai banyak duit ni...barang kita kena rembat. Sungguhlah HANTU RAYA org yg ambik cermin mata gue itu. Huh.

Ceritanya camni..aritu Mr. Kay tukar keta ngan kawan dia sebab Mr. Kay nak gi site visit kat Kuantan nun. Cermin mata aku yang telah 'ditambah power itu' mmglah sentiasa dalam keta...bersekali dengan cermin mata lama 'yang tidak berpower'.

Aku pun taktaulah org yang amik dan pakai spec aku tu tak rasa pening2 ke bila pakai spec yg ada 'power' tu...atau dia ingat aku beli cermin mata tu kat pasar malam..seabb tu dia pening???

Ni cermin mata lama yg xde power..sebab keadaan mukabumi spec ni yg agak melengkung makanya xdapatlah nak tambah power dan terpaksalah aku beli spec baru. Syukurlah dia tak amik yang ni sebabnya spec ni lagi mahal dari yang ilang tu. Spec ni aku 'derma ikhlas' kat Mr. Kay utk dia pakai time driving..sebab spec dia kene tibai time anta keta gi cuci dulu.

Dan inilah spec yg telah ditambah 'power' itu. Alah...cutenye Kyra time ni...

Aku dah suruh Mr. Kay tanya kat member dia tu..dia kata dia tak jumpa pun spec tu kat dlm keta. Aku bajet mungkin dia bawak org lain naik keta ...org lain tu yg pakai pastu lupa nak letak balik ke..

Hadoiiiiiiiiiiiiiii...tekanan. Aku beli spec itam ni bukan sebab nak melawa ke hapa..tapi sebab aku ni kalo terkene panas lelebih leh kene migrain. Jadi skrg ni....sangat bermasalah utk aku kluar diwaktu matahari mencanak2 kat kepala. Kalo nak guna spec yg lagi satu tu....kenelah pulak aku pakai contact lense bagai...tak koser aku

1 comment:

Aida Alias said...

huissshh asbor je la kan... ada gak yg panjang tgn