Kyra at 16mos ++

16 bulan bermakna 1 tahun 4 bulan.

Not more than 50 days Kyra nak dapat adik. Kesiannya anak ammi ni. Tapi nak buat camnekan...ni rezki Abah & Ammi.

Perkembangan Kyra
  • Dah pandai merajuk. Sikit2 gi nangis kat tepi pintu

  • Dah pandai sebut perkataan NAMPAK. Jadi...sume mende dia ckp "AMPAK..AMPAK"..walopun dia tengah dengar guruh kat langit. Kaki dia gatal pun dia sebut "ampak" gak.

  • Dah pandai sebut "Baby" jugak. Tapi baby tu bukan kat perut Ammi ok...dia merefer TETEK ammi sebagai baby.

  • Dah pandai sebut nen-nen. Tapi sangat pelik bunyiknya..dengungnya lain macam sikit.

  • Masih minum susu less than 5oz.

  • Kyra dah tak isap puting. Semenjak dia hilangkan puting dia...x kose aku nak layan dia. Mula2 tu perit sikitlah...sebab dia cam susah nak tido..merengek tak tentu hala....bila suruh dia cari..menonggeng2 dia cari kat bwh sofa, meja bagai. Cute gile time tu. Tapi syukur dah dekat 3 minggu dia hidup tanpa puting...walopun aku dah jumpa puting tu pada hari ke-4 hilang. Ada ke dia gi sumbat puting tu kat dlm subwoofer abah dia.

  • Pastu sekarang ni sibuk nak makan benda yang pedas2. Belikan dia nasi lemak kosong..dia x layan..dia tetap nak mi goreng pedas yg kitorang makan. Bila dah makan...siap pegang2 mulut..tapi kejap tu dia mintak lagi.

  • Kyra dah pandai dengar arahan. Cakap je ngan dia...dia dah buleh buat especially masukkan baju kotor dalam laundry basket, kemas barang2 mainan dia, buang diapers dia yg kotor, amikkan henpon kalo berbunyi, amikkan remote kalo abah & ammi malas nak bangun...gud job girl

  • Suka cakap sorang2 dalam bahasa Perancis dia tu.

  • Tempat favorite utk dia main skrg ni kat dlm 2nd room. Tempat aku letak barang2 x-stitch aku. Aritu abih benang2 tu dia punggah, kirai. Kluar tanduk aku tau. So, skrg ni bilik tu adalah ditutup sepanjang masa.

Tidurlah wahai permaisuri. Kat rumah time siang aku letak dia dalam buai...kalo tak tu tido kejap je. Letak dalam ni dapatlah dia tido sejam dua.


Baru bangun...tengah feeling2 dalam buai.

Sebab "lamunannya terhenti" dek gangguan ammi...maka gelaklah puteri ini.

Harap2 Kyra dapat terima adik dia mcm seorang adik. Bukan macam dia terima Upin atau bear2 yang ada kat rumah tu yang dicium2, dipeluk2 pastu dibaling. Ngeri.

2 comments:

chekna said...

besar dah anak dara ko ni, sekejap je kan! n xlama lagi dh nak dapat kawan. ok pe.. suka tengok dia gelak camtu.. so sweet.. gerammmm....
bukan kyra sorang je pandai cakap perancis, si ziyad pun sama gak...dah le bahasa perancis kuno plak tu.. harus la org perancis pun xpaham..

sayangsayangibu said...

alahai comelnya...
dia mesti sayang ngan adik dia tu
percayalah..silap2 dia x bagi orang lain pegang adik dia...