Nikmatnya Lunch Harini

Aku dah start amik cuti keje. Dah malas nak gi keje.

Harini jugak adalah EDD aku tapi disebabkan percutian 3 hari 2 malam aku lom start lagi..aku lepak jelah kat rumah.

Inilah makanan tengah hari aku harini. Mamee kari letup berapi. Apsal aku rasa biasa2 je..takde cam nak meletup ke, terbakar ke mulut ni. Tapi puas gaklah makan mende alah ni..dah lama x makan.

Patutnya lunch tadi Mr. Kay nak anta lauk..tp aku yg ckp takyah. Aku tgk schedule keje dia cam pack je.

Pagi ada site meeting kat Masjid Negara pastu kene lak pegi Klang ada techical training. Pastu balik nanti sure dia pening lagi pasal projek IMU tak siap2. Jadi, aku sebagai "isteri solehah" makan jelah apa yang ada. Kalo nak ikutkan banyak je kedai kat bwh umah ni..tp sebagai "isteri-solehah-yang-agak-pemalas"dan jugak "pembawa-perut-yang-semakin-memberat" makan maggi pun dah cukup nikmat.

Maggi oh Maggi
Eh silap... mak tak maggi harini..mak makan instant noodle jenama Mamee. Itulah dia masyarakat kita...

contoh lain
a) Tolong gi kedai, beli COLGATE cap DARLIE
b) Sebelum pakai digital camera...belikan aku KODAK KONICA...kakakkaka

ntahlah..banyak lagi

1 comment:

sayangsayangibu said...

makan ajo sebolum berpantang nih ;p