She's 18mos today

Ni auto publish entry. Waktu entry ni kluar...aku cuma akan ada kat 3 tempat je kot.

a) Kat rumah berfoya2 depan lappy sbb dah start cuti keje
b) Kat atas katil ward
c) Dalam labor room

Kalolah baby dlm perut ni kuar arini which suppose to be his EDD...makanya perbezaan umo antara kakak dan adik adalah genap 18 bulan bersamaan 1 tahun 6 bulan.

Kyra's Milestone
  • Dah pandai sebut u-shak (rosak) sambil muncung dia gila kedepan. Sebab dia pandai sebut perkataan ni adalah...dia suka baling mainan dia...sampailah ROSAK.

  • Sometimes dia dah boleh minum susu 6oz sekaligus. Pencapaian yang membanggakan. Aku tau ada org kata..eleh sikit je dia minum...abih nak buat camno kan..dah tempolok dia kecik...dia minumlah ikut size tempolok dia..takkan nak ikut tempolok ko lak kan.

  • Dah pandai bergaduh ngan aku. Asal aku marah je dia tepis sume mende yang ada. Kalo ngan abah dia x pulak dia buat camtu

  • Celik mata, bukak pintu rumah gerenti dia sebut UKAK...dia suruh bukak tv.

  • Sangat "membantu" bila aku lipat kain

  • Kalo kene marah ngan abah laju je dia lari terkedek2 kat aku...mintak perhatian. Tapi mintak maap ok...ammi tak layan

  • Bagi pilihan antara mee goreng dengan nasi lemak / nasi ayam...dia gerenti pilih mee goreng w'pon pedas

  • Dah kenal mana ubat mana Scott E dia...kalo time nak kasi ubat je..terjerit-jerit aku

Dah semakin nakal. Camnilah gaya dia duduk dlm high chair dia. (Sila abaikan pemandangan kat blakang tu...)

Rambut dia dah panjang..nak gunting sayang.

Jenis tak kesah kalo aku "abuse" dia ngan cara macam ni.

Dah pandai posing gaya "mengelamun" camni. Asal suruh posing nak amik gamba je tangan mesti nak letak kat dagu, kat tepi tinge camni.

Semalam dah anta Kyra balik umah Mama. Aku risau Mr. Kay terkejar2 nak settlekan aku ke..nak layan kerenah Kyra ke..jadi bila letak kat rumah mama takdelah aku nak merisau tak tentu pasal.

No comments: