19mos old Kyra Saffiya

21/7 genap Kyra 19 bulan. Dah besar dah anak dara Ammi.

At 19 months dah banyak mende yang Kyra explore. Nak-nak for the past 1 month Kyra dah duduk kat rumah Amuma. Lagi banyak kawan...lagi banyak kerenah anak ammi ni.



  • Bab makan..Kyra still camtu jugak. Makan ikut mood. Muma kata Kyra cam unta, sehari makan 3 hari xyah makan dah...hohoho

  • Kyra dah boleh minum susu 7oz... pencapaian yang membanggakan....

  • Dah boleh cakap sikit2. Yelah dah ramai kawan yang lebih kurang je umur kat rumah Muma ni.

  • Suka gila dengar lagu Benci Bilang Cinta... walopun Kyra tengah mandi..laju je Kyra lari kuar dari bathroom semata2 nak terkinja2 menari sambil tangan hala ke mulut..ala2 pegang mic.

  • Suka ikut gaya orang. Lepas tu Kyra plak paksa orang ikut gaya dia. Jadi kenelah orang yang dia pilih tu ikut telunjuk dia..kalo tak tu dia bantai jerit

  • Suka tolong Muma kat dapo. Kira Muma xde masalah bab nak tumbuk bawang utk tumis sayo...sume tu Kyra yang buat..boleh diharap sudah

  • Dekat rumah Muma ni..Kyra jadi pantang orang pegang kunci. Laju je nak kuar skali. Bukan Ammi taknak kasi Kyra kuar...masalahnya orang lain tak kene gigit nyamuk..Kyra kene gigit sampai luka2. Ke nyamuk tu dah x kose nak gigit darah orang Seremban maka sebab tu dia attack darah orang KL...hohoho..boleh ke camtu??

  • Sekarang ni Kyra sombong gila ngan Ammi. Cari Ammi kengkadang je..selebihnya Kyra cari Muma ... terasa terpinggir tau Ammi ni.

  • Lagi satu Ammi rasa Kyra cam dah degil skrg ni. Lagi Ammi ckp jangan..lagi Kiya nak buat. Sakit jiwa ok..tu yang laju je tangan ni jalan. Pastu bila dah babab... malam kang Ammi rasa sedih. Bila cakap ngan Abah..abah mesti ckp "Dah dia buat salah..takkan nak tengok je....betullah apa awak buat tu". Rasa lega tapi ntahlah...Ammi ni cembeng kot..tu yang sendiri pukul sendiri nangis

  • Kalo Abah balik Seremban..pagi2 sebelum gi kerja gerenti kene bawak Kiya round naik keta dulu. Dapat naik kejap pun jadilah. Kalo tak tu menangis cam kene rotan.


Ammi sayang anak Ammi

4 comments:

Aida Alias said...

hehhe dah banyak benda dia explore.. mcm2 la jadi halnya.. rajin gak ye kyra.. sekejap je dah sethn lebih

r33n said...

comel la kyra ni..b a good girl yea..

chekna said...

bleh tahan gak kyra minum susu ya.. abg ziyad ni still minum susu 6oz lagi..

sheila said...

kak aida,
dia mmg terlebih rajin kak..
kalo gi panaskan susu kat dapo ada je mende dia nak buat..

reen,
ammi dia x shumel ke??

ina,
dia kuat susu skrg ni sbb dia x makan...makan memilih sangat