Cost Bersalin

ni adalah special entry tuk Cik Puan Juelee.
Blogger juelee said...

kak.. just nak tanya bape cost czer kat sana ye? saya due oct nie.. ingat nak gi sana la.. ok tak service die?

10 July, 2010 11:46

***************************************************
First skali tahniah sebab bakal jadi ibu.

Due October...kalo nak bersalin kat Pantai Cheras ni kenalah gi dari sekarang...bawak gi segala maternity record yang ada...termasuk blood test yang ko dah penah buat.

Bab service
a) Nurse / Kakitangan - Sangat OK

b) Makanan - OK sedaplah bagi akak

c) Penginapan - ceh...penginapan tau ok-ok je. Akak aritu duduk kat ward yg 4 bedded (bajet kurang). Takde TV, ada ekon, ada bilik air, pastu air panas dalam thermos tu dorang yang isikan, nak suruh dorang bancuhkan air pun buleh gak...bagi yang tak buleh nak bangunlahkan. Tapi akak nak naikkan katil pun akak tekan je "nurse call button" tu. Abih takkan nak turun katil gi pusing2 mende alah tu pastu naik balikkan.

d) Penjagaan - ko tinggal tadah badan je...sume dorang buatkan. Lap badan, salin pad, salin baju, salin segala kecuali berus gigi. Dorang siapkan berus sume ko tenyehlah sendiri

e) Penjagaan Baby - sume dorang uruskan. Dorang akan anta baby masa nak minum susu je. Selebihnya...mama leh tido dengan senang lenangnya.

f) Labour Room - mcm x menarik. Akak siap tanya kat midwife tu.."ini ke labor room?". Kat tempat lain taktaulah apa rupa labor room.

Cost
Total cost Ibu ngan Anak untuk akak aritu dalam RM6,800.00

Pecahan Cost for Ibu (RM6,033.95)
Ward (4 bedded) - RM168.00
Labor Ward - RM150.00
Admin Fee - RM30.00
Monitoring - RM148.00
Operating Theatre - RM500.00
Pharmacy - RM1,104.70
Surgical Procedures - RM368.00
Surgical Supplies - RM975.25
Anaesthetic Fee - RM640.00
Consultation Fee - RM350.00
Operation Fee - RM1,600.00

Pecahan Cost for Baby (RM701.75)
Nursery - RM73.50
Lab - RM50.00
Pharmacy - RM154.05
Surgical Procedures - RM175.00
Surgical Supplies - RM149.20
Consultation Fee - RM100.00

Kalo bersalin normal lebih kurang RM2,000 - 2,500.00...depends gak kat bilik yg ko duduk..pastu ubat yg ko guna sume tu

Harap2 entry ni membantu.....

Sekian,
Dari isteri yang berjaya mengempiskan poket suaminya

5 comments:

aku.wanita said...

tak payahlah belagak nak letak cost terperinci tu semua. taulah laki kau ada banyak duit

manisz said...

gulp.. telan air liur aku nengok kos ko tuh..

pergghhh..

eh La aku ada mende private nk tnya ko.. lau memalam ko free nmpak aku online.. ko buzz aku ek.. tq!

Sumijelly said...

Perghh...PENUH DETAIL nya...
x yah nak g tanya spital tu...
senang wat rujukan jer kat sini...

eemm.... yang penting anak dan ibu sihat walafiat...

Sumijelly.com

manisz said...

dah sah2 entry ini adalah untk bantuan.. tidak sama sekali di akhir entry ini tulis.. "harap2 entry ini buat aku berlagak".. elok jer ditulis "harap2 entry ni membantu".. lagipun org bertanya kannnn.. maka dijawablah..

the-purle-ace said...

tumpang tanya eh... insyallah takde org kata awak berlagak ... that person... ermmm mmg ada PHD kot...haha...Paed kat sit blh rekemen tak... dr suriati akmal t mmg best eh... biasa time hospital dia hari apa dan waktu apa...klinikdia kat mana plak and pkl brp?