KLMJ

Time tengah berpantang ni...nak-nak berpantang kat rumah Mama..sume mende xleh buat. Aku basuh botol susu anak pun mama bising. "Haaa..main air banyak2". Oh sungguh bosan.

Jadi semalam lepas pump susu...aku sesaje je ingat nak kemas dressing table dalam bilik tu. Kire buat keje dalam senyaplah ni..kang kalo mama dengar kang nayo. Hati ni cam meronta nak kemas bahagian bawah dulu. Aku pun bukak pintu bawah meja solek ni. Sekali aku jumpa kotak henpon pertama aku.

Inilah enpon pertama yang aku pakai. Ericsson PF768. Serious kalo tak jumpa kotak ni aku pun x ingat model fon ni.

Dalam kotak ni sebenarnya aku letak sume surat2 chenta aku, kad2 ucapan, segala mak nenek mende yang kengkawan kasi. Jadinya KLMJ tu membawa maksud KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA... shortform ni geng2 AP yang kasi...

Wohahahhaha...dan aku jumpalah nota2 jiwang dari sorang mamat yang gila minat kat aku masa aku keje kat Pizza Hut Seremban Parade lepas SPM dulu.

Ni surat after 2 semester aku kat ITM. Lama wooooo dia ni jiwang karat kat aku

Yang ni nota2 yang dia tulis atas kertas resit. Dah naik kuning dah kertas ni. Ada lagi yang dia tulis atas tissue Pizza tu.

Mana pegi ntah mamat ni. Aku pun taktau apa yang ada kat aku sampai dia ni gile sengal minat kat aku. Aku plak time tu gile menyampah ngan mamat tu. Rambut dia cam afro...hahhaha.

Mamat ni dulu keje bahagian kicen..jadi tiap kali break dialah tukang buatkan pizza utk aku. Sepatutnya staff boleh makan Hawaiian Ciken je..tapi sebab dia nak ngorat aku..segala mende dia letak dalam pizza aku. Pepperoni, Turkey Meat..sebut je apa aku nak. Pizza orang lain cam kempis tapi sampai kat Pizza aku gile kembung.

Tapikan... aku ni bukanlah kategori Benci Bilang Cinta..tapi kategori Rindu Bilang Menyampah. Sebab apa rindu...yelah hari2 dia usha baik punya. Aku hantar order ada je orang dok intai aku dari kicen, aku anta pinggan kat tempat basuh..tetiba tertonggok kepala afro dia kat situ...tapi bila hari dia off..gila rindu aku rasa. Rindu orang main cak2 ngan aku..rindu nak jual mahal...hahhahahah. Tapi dia bukan citarasa aku...camne ko ngorat skalipun kalo aku kata TIDAK...makanya TIDAK. Taste aku kat orang yg berambut panjang, ikal2...bukan kerinting afro camtu, pastu aku nak yang simple. Memanglah ko simple tapi simple yg selebet.

Kepada Encik Ahmad Nizam bin (Apa Ntah)... terima kasih sebab pernah mencintai aku.... ahakssss. Kemana ko menghilang? Sudah kawen ka belum?

5 comments:

manisz said...

oh wow! nostalgia giler telefon.. ingat telefon nokia yg kita satu bilik seme pakai brand tuu.. pastu seme selok nk ringing tone yg sama.. ahahahahaha.. giler!

Aida Alias said...

nostalgia zaman remaja.. syok gak eh bila tengok balik.. ni mesti senyum simpul sorang2 ehhe.. akak tk boleh simpan benda2 camni.. harus kena bakar satu rumah.. tp ada gak sikit simpan kt kg.. kah kahhh

chekna said...

mak oii... surat cinta tu.. ada lagi ke org nak tulis surat cinta camtu skg ni?? ada letak bedak ke kat surat tuh?? sampul bunga2 ke?? hehehe...

chekna said...

mak oii... surat cinta tu.. ada lagi ke org nak tulis surat cinta camtu skg ni?? ada letak bedak ke kat surat tuh?? sampul bunga2 ke?? hehehe...

sheila said...

sham,
ingat nok fon tu..pastu memasing sibuk main game snake tu. apa model dia yek?

kak aida,
kat rumah sendiri mmg xde surat lama2 ni kak. sbb mende ni kat rumah mama..makanya kire mcm mamalah yg simpan...takkan en. suami nak marah mama

ina,
ala mamat tu selebet..dia ksi camtu jek xde sampul, takde bedak...lipat pun ala kadar jek