Al-Fatihah buat mereka

Lately kita dikejutkan dengan berita 3 months babies mati akibat tercekik susu.  Aku rasa dah 4 babies at same age yg meninggal cara macam ni kot.

First baby yang kat Paroi, Seremban.  Then, kat Johor followed by Putrajaya and recently baby mati atas pangkuan bapanya dalam keretapi.

Sedih bercampur takut.  Itu yang boleh dikatakan.  Risau perkara ni terjadi pada anak2 aku, nak2 Khilfi pun 3 bulan jugak.  Aku sanggup tido duduk memalam nak kasi dia sendawa sebab Khilfi ni susah sangat nak sendawa.

Siapa perlu dipersalahkan? 

Memanglah sebagai ibu bapa, sebagai pembaca kita marah pada pengasuh, marah pada kecuian mereka tapi ajal maut ditangan tuhan.  Aku tak kata aku backing pengasuh2 tu.  Pengasuh kat Johor ke kat mana tu yg tinggalkan baby tu minum sendiri pastu dia sibuk nak masak tu memang terang2 salah.  Itu xde otak namanya tu... ko tutup dapo tu kejap pastu ko susukan baby tu...ko sendawakan dia..alah paling lama pun 20 minit je.

Tapi yang lain tu....wallahuahlam.  Kengkadang, ni baby aku pun slalu gak camni.... dah menyusu, dah sendawa tapi tetiba tanpa kita sedar tengok dah ada muntah terkeluar dari mulut.  Syukur muntah tu keluar...ada tu muntah tapi dia tertelan balik.  Mungkin itu penyebabnya.  Kita bukannya duduk ngadap baby kita 24 jam.  Itu yg aku maksudkan ajal ditangan tuhan.  Kita tak tau bila nak jadi perkara2 ni.

Sekarang ni aku ajar Khilfi baring mengiring...sekurang2nya kalo kita xde dekat2 dia...dia termuntah... muntah tu otomatik kluar ikut tepi mulut. 

Al-Fatihah buat anak2 kecil ini.  Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kita.

Arwah Farisha


Keluarga Arwah Nuramiera.

Amanlah kamu disana wahai bidadari-bidadari syurga

2 comments:

Filla ~ Kasihs said...

ohhh aku ngeri dow... tapi sentiasa berdoa & tawakal..mudah-mudahan tak jadi kat kita.. amin!! al-fatihah utk baby2 comel nie..

mummy_ayu said...

ye la...sedih sgt ngan news mcm nie..al fatihah untuk semua bidadari nie...