KIYA PRASAN JADI AMMI

 

Semenjak anak dara ni dah pandai main anak patung..bukan main lagi ok.  Ke hulu ke hilir dia kendong anak patung dia.  Ada satu tu dia panggil “Baby”…tertinggal pulak kat rumah Muma.  Bila dah takde baby faveret dia tu… doll rambut kembang ni pun jadilah jugak.

 

Menyampah arr dengan doll ni.  Ada ke aritu kyra gi sikat rambut doll dia..habis gugur merata dah.  Aritu lagi baik..segumpal rambut perang ni duduk kat dalam mulut adik..sib baik aku prasan

 

17012011513

Dia tengah meriba doll dia tu..konon nak buat cam ammi selalu buat kat adik

17012011514

Ni dia siap cakap kat doll tu “dok dok”.  Dia suruh doll tu duduk kat riba dia

20012011519

Lambat sikit snap.  Dia baru je keluarkan Upin dia dari dalam buai.  Siap nyanyi “uwai aju aju”.  Dia tarik buai tu letak kat tengah rumah sambil ckp “Upe anaih” (upin panas)

20012011520

Konon ammi nak candid..sekali anak dara getik ni terperasanlah pulak.  Nampak socks kat bawah buai tu??? Itu socks adik dia yg dia cuba sarungkan kat kaki Upin.

20012011521

Apa-apa jelah anak ammi..jangan dia buat camni kat adik sudah

No comments: