CUKUR JAMBUL

 

On CNY kitorang buat majlis cukur jambul for bujang kecik.  Jambul mana yang nak dicukur tu pun taktaulah..tapi dah Mr. Kay beriya nak buat…maka kita potong jelah jambul sejemput dia tu.

 

Sebenarnya majlis ni bukanlah dibuat khas untuk Khilfi Syahmi..dah terlanjur dorang nak buat kenduri dan kebetulan jugak the day before which is 2/2 tu hari lahir Abah (pak mentua) & Aimi (niece) makanya kita pun menumpanglah 2 belah kaki ni sekali.

 

Awal2…aku dah cakap nak color biru.  Motif??? Sebab itu jelah warna baju yang ada untuk 4 orang anak branak Mr. Kay.  Kalo nak kale lain karang kene pulak beli baju baru pastu tak berpakai kang.  So kita guna je baru raya aritu.

 

P2030123

Baik punya tido manja ammi ni.  Selalunya tak bolehlah orang bising sket…ni siap bunyi bising orang bermarhaban pakai mic dia relax je dlm tu

P2030126

Goody bags and bunga telo for the guests.  Bunga telo tu lawa gak..beli ready made je kat Family Store…harga RM28.90 for 50pcs.  Lawa pada aku sebab simple..takdelah pakai material bodo2…berkilat2 tu

P2030127

Untuk sessi cukur bulu ketiak rambut.  Sume ni Abg Zul my biras yang siapkan… tetiba tau riben kale fink abg zul ni..mana dia rembat ntah

P2030128

Lepas bermarhaban..time tu cukur pulak.

P2030130

Punyelah enak dia tido

P2030131

oooooohhhhh gumuknye pompuan yg pakai baju biru tu

P2030133

Hambik ko…segenggam bunga rampai makcik “chief” marhaban ni letak

P2030136

Mak ko mmg x reti menyesuaikan diri dengan majlis tau Khilfi…mana tudung?? mana??

P2030138

Selesai sudah..putih je kepala anak bujang ammi kene tepung tawar

P2030147

Terima kasih kepada Balang Izan & KakLang Manisah sebab merealisasikan impian biru saya…. dan terima kasih jugak sebab sudi menumpangkan saya mencukur jambul anak saya disana.  Tetiba bersaya-saya….suci je ayat tu kan.

2 comments:

chekna @ mama ziyad said...

amboi.. siap khemah semua kaler biru, dah macam kenduri kawin je...

mummy_ayu said...

wah..potong jambul hero kamu tu..
dah hero la katakan harus la biru yer..