DJ FAVERET SAYA

 Inilah dia ALL TIME FAVOURITE DeeJay aku.  DJ Isma Halil Hamzah.

Aku start dengar dia masa kat Radio Muzik.  Time tu Radio Muzik ada 2 version...English & Malay.  Masa tu aku still skolah lagi Form 4 ke Form 5 ntah.  First time dengar terus jatuh chenta tak boleh blah.  Nak dengar hari-hari tak boleh sebab besok tu nak skolahkan...gila nak kene sound ngan Arwah Aca berjaga tengah2 malam??  Jadi aku sambil tolong along aku sambung buat cross-stitch dia..aku dengar lagu-lagu rock yang dia mainkan.

Pastu masuk ITM..masa tu ITM ye tuan-tuan dan puan-puan.  Masuk part 1...kena beli walkman sebab nak buat latihan shorthandkan..jadi hari2 yang ada DJ ni on-air tetengah malam gerenti si Ratu Tidor ni akan berjaga. 

Aku suke dia sebab dia BESTTTT.  Dia selamba...banyak nasihat...nasihat yg bukan jenis cam bagus..tapi nasihat yang bernas sesuai dengan jiwa2 muda-mudi yang rock.  Lepas tu dia ni jenis cakap lepas..cakap yang takde cover2 hipokrit.  Kalau dia rasa si A tak betul dia hantam direct je... i loike.   Dia jugak suka gelak tak hengat kat dalam konti..cakap jerit2.  Pada yang tak biasa mungkin akan kata "DJ ni cam bagus"..tapi itu adalah dia.

Yang paling tak boleh tahan..peribahasa dia MEMBUJUR LALU MELINTANG PUKANG.  Lagi satu SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT SANTAN PUN HABIS...boleh peribahasa camtu???  Ohhhh saya rindu peribahasa-peribahasa itu.


Pastu dah keje tahun 2001 tu... aku duduk umah sewa sorang-sorang kat Damansara Utama.  Ko bayangkan ko duduk sorang2 kat rumah besar 2 tingkat.  Time tu aku lom ada TV lagi..ate baru 2 bulan keje..mana nak korek duit beli TVnye kan.  Aku dengar jelah radio sambil main game kat PC.  Masa tu DJ ni dah switch to Radio THR.  Nak berhungga tengah malam..itu sangatlah bukan aku..jadi cuma radiolah jadi teman..chewahhh

Penah sekali tu aku takleh tido sampai ke pukul 4-5 pagi sebab sibuk melayan segmen Kisah Seram Abg DJ ni...gilelah.  Nasib baik ofis aku time tu cuma 5 minutes walking distance je dari rumah.  Sampai ofis sangap.  Lepas2 dgr segmen kisah seram tu..sumpah lepas je pukul 7 malam aku dah tak kluar dari bilik.  Lampu dalam rumah tu aku on habis-habisan.

Lepas kawin tahun 2004...langsung lupa daratan tak dengar radio tetengah malam.  Apahal dah ada laki nak syok2 dengar suara orang lainkan ... hohoho.  Dengar suara en. suami lagi indah.  Tapi dengar2 tahun 2005 dia dapat surat diberhentikan dari stesen THR...sebab..punca tidaklah aku tau.  Tapi lepas tu adalah jugak nampak dia live kat MyFren Station.  Mr. Kay rajin gak bawak aku gi situ..gi makan-makan sambil layan tengok orang berkaraoke. 


Ini muka time dia muda...skrg dah agak kertu hohoho (ampun)

Sham:  Ada macam muka si Jalang tak ko tengok???  Cipan mana cipan..dia tengok lebih afdal hohoho

Sekarang ni aku kembali layan rancangan dia..tapi blh dengar online je time ofis hour.  Kat dalam kereta ke, dalam bus ke sudah nggak ada.  THR yang ada cuma yang cakap Tamil.  Kalau kat rumah tidaklah ada peluang nak dengar2 radio ni...kecuali time takde orang and aku nak buat operasi kemas mengemas.

Untuk DJ kesukaan saya...Abg Ismahalil Hamzah.  Teruskan berDJ.  Saya sokong abang dari sudut kanan ye.

1 comment:

manisz said...

cipan bz sepanjang masa!!!

ada sikit2 muka jalang weih.. tapi version putih sikit ahahha..