INFOBELIA NEGERI SEMBILAN

Tarikh:  2 April 2011
Tempat:  Klana Resort, Seremban

***********************************************

Camne aku boleh tersesat kat majlis ni aku pun taktau.  Takde plan pun nak kesini sebab aku dah janji nak berdating ngan schoolmate aku kat Terminal 1.  Baru sempat dating dalam 20 minit Mr. Kay call tanye nak join skali atau tak kat "MAJLIS SEPETANG INFOBELIA BERSAMA MB N9".  Nak ke tak..nak ke tak aku pun cakaplah YES.

Sudahnye kenelah akak naik cab dari Terminal 1 ke Klana Resort..dokek yo jalan kaki pun buleh tapi dah namo eh pemalehkan. 

Zaman skolah dulu takat dari bus stand tu nak ke lake garden 10 minit leh sampai.  (Sila jangan pecaya..ingat ko terbang ke hapa)


Gamba telah dikidnpa dari website http://www.n9kini.com/

Menu of the day

The 3 of us..adik kasi muma dia jaga

Ammi - Kyra - KakCik

Gamba kepala separuh ni anak dara tu yg amik

Abah kene tunjuk peace sign...tukang amik gambo marah abah senyum saje2...

Masa kat majlis ni MB ada bagi hadiah kat waris2 N9 yang perform well kat U.  Sapa yang dapat 1st class degree dapatlah sumbangan RM5,000.00.  Aku banggalah jugak sebab setakat aku tengok 25 org naik pentas tu adalah jugak 2 orang budak2 skolah aku dapat.

Tahniah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah di atas kecemerlangan itu.  Dulu2 masa nama skolah tu Sekolah Menengah Jalan Loop agak susahlah nak masuk paper ke hapa..kalo masuk paper pun mungkin sebab kes-kes negatif.  Benci tau. 

Tahniah jugak pada ex-principal skolah tu En. Chor Swee Meng yang aku rasa banyak mengubah prestasi sekolah ni.  Aku sempat 2 tahun dengan principal ni dan mmg aku nampak banyak perubahan yg dia bawak kat sekolah tu.

No comments: