MASAK SUPAYA TAK KEBULUR

Topic makanan adalah topic paling biasa kat blog mak ye anak-anak.  Sebabnya...mak suka makan.  Ada ke orang yang tak suka makan???

Last weekend:: 16-17 April 2011::  sepatutnya aku balik Seremban berjumpa dengan bonda terchenta tapi sebab Mr. Kay ada meeting ngan client hari Sabtu...jadi kita tunda ke this weekend. 

Oleh itu, silalah masuk dapo yo makcik...asyik nak makan luar yo kojo eh kan



Menu hari Sabtu yang sungguh dingin dek hujan dari pagi ke petang

Pucuk Paku Goreng Belacan Cili Api (Sedap)



Ikan Kembung Masak Taucu (tapi tak sedap..ishhhhhhh)


Lomak Cili Api Tolo Masin (Separa Sedap)
(orang pakai tolo itik..aku memandai je lotak tolo asin)

Tu yolah untuk hari Sabtu...3 jonih.  Nak laie 4-5 jonih silolah terjah restoran yang berhampiran.

************************

Hari Ahad pulak Mr. Kay merequest sesuatu

Ayam Stim (Sedap)
(gamba dalam dulang aku kasi)

Sambal Sotong Cili Boh + Cili Api (Sedap)

Bayam Bersup Fishball + Daging Halus-halus (Sedap)

hahahhaha boleh nama resepi camni?? 

Orang Putih boleh je taruk nama camni "Chicken Stuffed with Blablabla and Blablabla served with Sos Cili Aminah Hassan"... takde sapa pun nak marahkan.

Pastu aci tak kalo sendiri masak pastu sendiri cakap sedap tak sedap.... nak harap Mr. Kay cakap sedap secara sendiri tidaklah.  Aku kene tanya dulu "sedap tak saya masak??"..takkan hari2 ko nak tanya laki ko..kang dia ketuk kepala ko ngan botol cencaluk kang.  Jadi sedap atau tak tu adalah dari dasar tekak aku sendiri....hohohoho

4 comments:

:: Mama Butterfly :: said...

hebak la mung shela weiiiiii

:: Mama Butterfly :: said...
This comment has been removed by the author.
:: Mama Butterfly :: said...
This comment has been removed by the author.
Jiejah @ Iza said...

sedapppppppppp ,semua nmpk sedap hihi ;-))