SAYA MENANG TELEFON

Thanks to DiGi for the invitation held at Prince Hotel.  Invitation DiGi Priority Service tu sebenarnya untuk Mr. Kay sebab dia Gold Customer DiGi.  Kalau harap aku..aku pun taktau tahap apa punya customer aku ni.  Aku jenis top-up 30 hengget pastu credit boleh tahan 2-3 bulan.  Boleh gitu??  Mr. Kay punya usage boleh bikin wa nangissssss

Ini fresh flower yg ada kat atas meja.  I loike yellow and no wonder my house also yellow and i'm wearing yellow kurung kedah today.  Hohoho

I worn this number 2-8-1-3

Si pakcik kecik pakai 2-8-1-6.  Dia punye wristband kene pakai kat kaki ye sbb kalo kat tangan harap maklumlah apa yg akan jadi

Lepas dah makan sampai kenyang..tapi terlupa nak makan dessert yang membuatkan aku rasa macam tertelan airliur masa on the way balik...ada acara cabutan nombor ekor bertuah.  Tahun lepas Mr. Kay dapat Voucher Giant worth RM50.  This year berkata-katalah dalam hati..kalau dapat voucher lagi..kami redha..at least adalah dari takde.  Buleh gak top-up beli diapers budak2 ni

Tempat ke 10-4 semuanya dapat voucher.  Tempat ke-3 baru start with handphone.  Chris (emcee) for the day announce 2-8-1-3.  Boleh tak kalo makcik yang tengah dokong budak botak tu tak ingat nombor.  Siap ada 2nd call...pastu nak masuk 3rd call barulah terprasan.. eh-itu-nombor-aku.  Kasi bikin malu je 

Dan dapatlah aku henpon ini.  Huawei IDEOS.  Best jugaklah phone ni

Tapikannnnnnn

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ini bukan tangan saya..ini tangan Mr. Kay.  Dia telah dengan lajunya mengumumkan dia nak pakai telepon baru tu. 

Jadinya En. Suami...cepatlah kasi clear itu BB dan silalah serahmilik tipon tu kat saya.

2nd place winner dapat HTC and yang dapat 1st place tu dapat BB Torch.