Zense Face & Beauty Treatment

Yes...semalam berjaya gak tunaikan hasrat untuk gi buat facial. 

Last aku buat facial bulan Oktober 2010.  Sekarang April 2011.  Kiralah sendiri dan bayangkanlah jugak betapa berkeraknya muka aku ni.  Dahlah pakai pencuci muka orang lelakikan.

Sebab haritu dah beli kat MilkADeal....so kali ni pegi bawak badan & printed voucher je xyah bawak 1 sen pun.  Tapi makesure pegi lepas buat appointment.  Jangan main redah je ye.  Apa ko ingat ko sorang je customer dorang??

Inilah view yang korang nampak kalo masuk kat outlet Zense Kuchai Lama.
 
Location kedai ni senang je sebenarnya tapi sebab ramai sangat orang yang baik hati menampal2 kertas kat papan-papan tanda yang ada kat situ..makanya jadi susahlah sikit.  Aku tak jumpa 1 pun papan tanda yang cantik nampak jelas & terang huruf kat atas tu.. sungguh kurang ajar ALONG-ALONG itu.

And the 90 minutes facial session begins

Sebelum... sebab aku ni jenis calit mekap lite2 je..jadi tidaklah susah beautician tu nak bersihkan

Setelah dicuci dan diapakan ntah.. saya sudah terlelap seketika dan nasib dah cakap ngan beautician tu..

Aku:  nanti u tolong snap picture for me ha.. i want to put in my blog
Miss Beautician:  ok ok can

Aku bangun time dia picit2 blackheads tu..ouchhhhh

Ni lepas dia letak serum + ampoules dengan apa nama gel tu aku lupalah

Lepas tu pakai pulak seaweed mask.

Sebelum tu biasalah ada face massage sikit.  Aku suke teknik massage kat sini.  Dia cam putaran kat muka and time tu aku rasa aku cam dalam air..ntah it's just my feeling..orang lain aku taktaulah bila dia urut cam berputar tu korang rasa camne.  Pastu ada gak shoulder massange, neck treatment sket.

Lepas dah setel tang muka...kite tukar bilik pulak.  Masuklah bilik massage untuk diurut selama 60 minti tapi sebelum tu kasilah keluar cecair lebihan dalam badan sebab dikhuatiri cecair itu akan keluar otomatik kalo ko tak tahan diurut....hohohoho

Gambar ketika diurut badan tidak diambik kerana "apa ko nak kene belasah ngan Mr. Kay" hahahaha. 

Dah setel tu sume...silalah minum air teh o ginger yang disediakan.  Aku sukalah air tu..sedap.

My Comments:
Facial = biasa2 sahaja and I would say I prefer my facial session at Dermalogica.

Full Body Massage = Saya suka sebab saya dapat rasa darah saya berjalan lancar.  Terasa cam hangat + panas.  Sakit sikit kat belah betis & tumit tu yelah sebab selalu pakai high heels.  Tapi lepas urut tu best dan takde lagi rasa cam nak cramp tak tentu pasal.

Banyaklah high heels..takat heels tak sampai seinci nak kecoh..orang lain pakai 4-5 inci relax je

Sambil2 menunggu untuk dijemput aku snap2lah sambil melayari internet menggunakan Opera Mini yang baru aku donlod kat telepon.  Laju dan saya suka.

Aku sukelah bahagian dinding yang bergaris2 tu.  Aku ada gak buat camni kat dlm 2nd room dalam rumah tapi hangat2 taik ayam je tau...cuma dapat 2-3 lines je pastu dah x koso dh


Ohhhh dapat gak cash voucher RM30 as promised. 

Rasa macam nak guna untuk gi buat Body Scrub (Rice) + Under Arm Waxing lepas ni.  Hohoho gila malas nak cabut bulu ketiak sendiri aku ni.  Pilih yang murah2 jelah ye sebab voucher tu 30 hengget je..jadi kenelah top-up mana yang tak cukup tu.

Lagi yang aku suka kat Zense...beautician yang ada ni takdelah kecoh2 suruh sign up package yang dorang ada. 

Ada certain2 tempat tu kan jenis macam "cakap-dalam-memaksa-yang-buat-aku-rasa-nak-lempang".  Pastu kalo tak amik pakej siap cakap " U rugi... semua orang yang datang mesti ambil pakej ini"

3 comments:

kakngah said...

oh! ai sangat jeles hoccay!!



aarrgghhh!!! apsal la aku dudk lost world!!!
huwaaaaa!!!

sheila said...

hahaha...silalah jeles

ko duduk mana ngah...den tongah interview ni..sila jawab

kakngah said...

den duk lembah..
tapi bukan lembah klang mahupun lembah keramat..
eh! keramat ada lembah ke??
hahhaha!!