JIWANG KAPAK

Saya bukan jiwang karat.  Tapi kadang-kadang dalam hati ada taman.

Standardlahkan... kata manusia biasa yang punya hati dan perasaan. 

Cumanya nak tanya....kamus korang ada ke gamba2 camni?  ada ? ada?

Takdekan.

Ni kamus aku masa start masuk ITM tahun 97.  Masih lagi digunakan sampai ke harini dipejabat.

Kengkawan pre-dip SS14... confirm korang pun masih lagi simpan kamus ni kan.  Dulu tiap-tiap hari pegi kelas pre-dip kene usung kamus tebal ni tonggek-tonggek naik bukit dari hostel.  Pernahlah jugak cuba-cuba untuk tak bawak kamus ni... dan akibatnya kene cubit kat perut ngan Pn. Ahnis lecturer grammar time tu. 

Asal Pn. Ahnis nak masuk kelas je aku kecut perut.  Subject lain ok je tp bile subject grammar ni perghhhhh bikin wa tak tido malam mau kasi siap assignment dalam buku itam tu.

Eh............. wa sudah lari topik.  Wa nak cakap pasal gamba kat depan kamus tu jelah tadi.

Gambar kat depan kamus tu pulak ada kat situ sejak Jun 2004.  Ni sebenarnya gamba kat kulit CD yang photographer masa aku kawen tu kasi...nak buang gamba sendiri dalam tong sampah cam tak sampai hati ok...jadi aku "abadi"kanlah kat situ.  Biar manusia-manusia dalam ofis ni yang reti amik kamus atas meja aku tapi tak reti pulang balik tau itu kamus bukan bapak dorang yang belikan..tapi bapak aku yang belikan.

5 comments:

chekna @ mama ziyad said...

hahaha... best la cara ko mengabadikan gambar romantik korang tu.... kamus tu harus la simpan, dah lenguh2 bawak kehulur-kehilir turun naik bukit, sayang wo nak jual/bagi kat orang.. byk berjasa tu... tp simpan baik2 kat rumah je pun.. kat ofis xbrape nak pakai, kalo sesak2 pun, google/pinjam boss punya je...:)

mummy_ayu said...

uuiii.letak pic kawin lagi kat dpn kamus..confirm tak hilang nie...

Timun Laut said...

peeergghh style!
Ini macam mmg kompRem tak de orang nak cilok kamus nih. huhu.

sheila said...

ina,
ofis aku ni dah serupa rumah aku pun ada. banyak buku kat ofis ni. jadi bila nak berenti dia dah serupa kene sewa lori nak bwk balik barang peribadi

ayu,
sayang nak buang nok

timun laut,
kompRem !!!

Mazni said...

sheila..sama!!!! aku pun kamus tu bertenggek kat meja..sayang giler weh kamus kenangan tuhhh...bab pic tu biar la kt situ..kenangan tuu..