OMPUTIH KONON

Geli ketiak omputih bila tengok orang-tak-putih cam aku perasan nak makan cam omputih.

Nak sangat makan tengahari mende camni...alih-alih kol 4 dah meroyan lapar laki bini.

Chicken Salad

Isi Kandungan
Buah Dada Ayam (omputih ckp chicken breast) hohoho
Baby Corn
Baby Carrot
Lettuce
Cherry Tomatoes
Macaroni
Salad Dressing jenama Lady's Choice hohohoho

Cara
1) Ayam kasi marinate dgn blackpepper & garam pastu grill dan hiris
2) Panaskan air seperiuk..letak minyak 2-3-4 titik
3)  Celur le sikit carrot, corn & macaroni tu
4)  Masukkan sume sayur-mayur tu dalam big bowl
5)  Dash in some salt & black pepper
6)  Kacau-kacau kasi sebati..ikut sukelah nak pakai tangan cam Jamie Oliver atau nak pakai sudu
7)  Pastu letaklah hirisan ayam & picitlah salad dressing tu

Notakukukakikukaku:
Nak makan pakai sambal belacan pun buleh...pakai budu buleh...pakai cencaluk pun boleh.  Omputih tak marah.  Ahaksssssss


4 comments:

kakngah said...

tekak melayu wey.. camne pun nak pekene nasik.

ღ p!nk veLvet ღ said...

terus lapar kak tgk tuh, huhu~ *nak g cari mknn skang gaq*

chekna @ mama ziyad said...

hmmmm... kalo letak tempoyak pun sedap tuh.....

sheila said...

kakngah,
ntah..seminggu tak makan nasik aritu pun cam meroyan dah

yien,
time lapar ko nampak roti kering pun sedap dik

ina,
kat ko sedaplah kot tempoyak tu... aku tak makan tempoyak hehehhe