PELAYARAN KAMI

1 Mei 2004
Secara rasmi gelaran nama bertukar.  Status bertukar. 


Sebelum 1 Mei aku cuma Cik Sheila
Lepas 1 Mei aku dah jadi Pn Sheila

Sebelum 1 Mei aku cuma MakNgah
Lepas 1 Mei akulah MakNgah...aku jugaklah MakNdak

Sebelum 1 Mei aku cuma ada Arwah Aca & Mama
Lepas 1 Mei aku dah ada Abah & Makcik

Sebelum 1 Mei aku cuma ada 4 orang adik bradik
Lepas 1 Mei aku ada 16 orang adik bradik

Sebelum 1 Mei aku tak kesahpun kalo tak period
Lepas 1 Mei baru lewat sehari dah kecoh nak beli UPT...walaupun seringkali hampa hohoho




1 Mei 2011
7 tahun sudah aku jadi isteri
7 tahun sudah aku tidur bertemankan dengkuran suami
7 tahun sudah kembali mempunyai abah
7 tahun sudah aku dikelilingi adik bradik yang ramai
7 tahun sudah aku tak payah bayar duit sewa rumah (sungguh keji stetmen ni ye)


Dan aku sangat happy dengan mereka-mereka di atas ini.  Sangat gembira


Sirih junjung hantaran aku yang sungguh simple..tapi aku suka. 

Sehubungan dengan anniversary kami...kami telah mengumumkan cuti diseluruh dunia.
Sekian terima kasih.   Hahahaha

8 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

hepy anniversary kak shiela~~

Jiejah @ Iza said...

ahahahaha cuti seluruh dunia ekkk??
hapi aniberseri dear ;-)

mummy_ayu said...

selamat ulantahun perkahwinan yg ke 7 tahun...tak tahan statement..tido berteman kan dengkur..sama geng la kita..
semoga berbahagia selamnya..
ma acih ye kasi cuti...he he he..

:: Mama Butterfly :: said...

lo... ko declare coti hari ahad. akak declare coti hari Senin.

kakngah said...

happy anniversary yank!

gambar pegang dada tu...
tak boleh tahan lah!
klasik uols...

sheila said...

yien,
tengkiu

kak jiejah,
ha..hebatkan mak kasi cuti 1World.. apa barang 1Malaysia

ayu,
tulah nasib baik telinga ni dah lali

kak ain,
tahun dopan ko declare cuti gak ke kak 2hb tu???

kakngah,
hahahha..abih dh kaku x reti posing..mak andam lah yg lebih2kan. pegang dada tu..pegang bahu tu..sib baik taksuruh pogang bondo lain

chekna @ mama ziyad said...

happy anniversary... moga berkekalan & bahagia ke akhir hayat.. moga dapat anak ramai... :)

best la korang ni, taun depan bagi la cuti seminggu plak... hehehe....

DrSinga said...

apaal ramai sangat orang anniversary hari ini!!
:)

happy birthday dear!!