STOK AYAM

Haritu masa ahkak kasi resipi ikan steam nyonya tu.. kan ada guna air rebusan ayam.

Pastu adalah kawan yang lebih kurang sebaya tanya kat chatbox FB yang kejap on kejap off tu...air rebusan ayam tu apa nok?  Camne nak buat?  Aku tak boleh gambarkanlah nok...

Jadi aku rasa adalah jugak yang taktau.

Aku taktau orang lain buat stok ayam a.k.a rebusan ayam ni camne. 

Tapi aku guna kulit ayam dan tulang ayam.  Masa bersih-bersihkan ayam sebelum humban dalam freezer... aku cabut le dulu kulit.  Abih kata tak elok makan kulit.. takdelah aku makan.  Hahahaha


Dah cabut kulit tu... ko rebuslah.  Ikutlah banyak mana air yg ko nak.  Aku rebus guna api kecik sampai dia menggelegak pastu ada macam minyak2 gitu.

Lepas tu..ko masukkan je dalam bekas camni.  Time nak masak ko masukkan je dlm kuali / periuk.


Kalau korang jenis tak makan kaki ayam, leher ayam boleh je guna bahagian2 tu..tapi leher adalah feveret.  Sanggup suruh laki gi cari leher je semata2 nak buat sup leher ayam. 

Nak guna daging ayam macam sayanglah pulak.  Abih bila dah dapat air rebusan tu ayam tu nak buat mendekan?? takkan nak campak je dalam tong sampah.  Kalo kata nak guna balik daging yang dah direbus tadi apalah pulak rasa yang tinggal kat ayam tu?

Aku penah baca kat blog sapa ntah dulu...dia simpan air rebusan ni kat tempat ice cube tu.  Jadi bila nak pakai dia amiklah satu-satu.  Aku tak berani buat camtu sebab tak pasal2 karang dalam air oren ada rasa ayam.

2 comments:

Tijah said...

a'ah. aku pun buat cenih. tapi aku letak dlm bekas dadih tu kasi beku. ngam2 la sekali guna kan. etlis takde la terbubuh dlm air oren. kihkihkih

sheila said...

kak jah,
tulah..kalo den yg buek air mmg leh tau bezalah. tp ni masalah kalo cik abg yg buek