THOR

Awal-awal dah booking Mr. Kay untuk tengok wayang.  Wahhhh ayat macamlah Mr. Kay tu social escort.

Plan nak tengok Fast & Furious 5...tapi FULL.

Yang ada crite Melayu apantah..

Pastu ada THOR 3D.  Itu aja.  Yang lain sume FULL. 

Hebat orang Seremban...korang dah pandai tengok cite midnite ye.


Budak Counter:  Tak banyak seat yang tinggal bang... couple seat boleh abang?
Mr. Kay:  Oooo.  Couple seat tu macam mana?
Budak Counter:  Seat sambung abang, takde besi tengah.  Harga mahal sikit
Mr. Kay:  aihhhh..dah takde besi tengah patutnya lagi murahlah

Tapi ambik jugak couple seat tu..best gak.  Lagi selesa dari single seat tu sebab luas & kalo dah penat tumpang dagu ko boleh letak kepala kat celah ketiak laki ko.

Tengok cite 3D version.  Ni 2nd time aku tgk cite camni.  Agak lambatlah nak sesuaikan diri.  Dengan spek mata aku...tambah pulak ngan spek 3D tu.  Try gak untuk take out my own spek..cam blur2 peninglah pulak jadinya.  Lelama baru cam selesa tak berapa nak selesa gitu.


Best crite ni...nak nak ko tengok 3D kan.  Terasa je hammer si Thor tu cam melayang nak hempuk kepala ko.  Aku bajet crite ni ada THOR 2...sebab adik dia si Loki tu macam jatuh ke bumi...pastu tukang jaga pintu tu kata ada lagi satu pintu untuk ke bumi selain jambatan yang Thor dah musnahkan tu.

No comments: