Siakap Kukus Kicap

Dah lama kan mak tak tayang2 gamba ferasan chef ni.  Semalam mak masak lauk ni.  Simple.


Resipi ni sebenarnya guna ikan kerapu but since I'm not a fan of Ikan Kerapu mak sesuka hati je tukar ngan siakap. 

Bahan-bahan
Ikan
Halia Muda (hiris)
Daun Bawang (hiris)
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak Masak

Bahan untuk gravy
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu stok ayam atau cube ayam
serbut lada hitam
garam & gula sikit
Tepung Jagung sikit je
Air

Cara
1)  Ko bersihkan ikan pastu toskan
2)  Campurkan minyak masak, lada hitam & garam pastu lumur rata kat ikan
3)  Sediakan dulang atau kalo ada pinggan tahan panas - letak minyak sikit pastu taburkan hirisan daun bawang & halia muda.  Pastu ko baringkanlah ikan tu kat atas pinggan tu.
4)  Kukus sampai ikan tu masak (mcm gamba kat bwh ni)
5)  Lepas tu ko buanglah air yg bertakung kat dlm pinggan yg ada ikan tu.  Halia2 ngan hirisan daun bawang yg dah kecut tu pun ko buang jugak


Cara buat gravy
1)  Campurkan segala kicap pekat, cair, stok ayam, minyak, lada hitam, garam, gula & air sikit.  Nak tambah oyster pun suka ati koranglah...korang yg nak makan pun.
2)  Didihkan campuran tadi...keep on kacau sampai mendidih
3)  Perasan tak kat bahan tu ada tepung jagung... up to korang nak guna ke tidak.  Semalam aku guna tp terlebih letak jadi pekat likat sangat.  Jadi kalo nak guna agak2lah...
4)  Pastu tuang je kat atas ikan tu.  Dah siap

Ni selepas dikukus sehingga masak.  Nampak tak ada air...air tu yg korang kene buang.  Kalo tak kang cam hanyir sket.

Hasilnya.

Carrot tu takde dalam senarai bahan2... aku tambah ikut suke je untuk putera puteri mak

2 comments:

kakngah said...

mokcik!
mano poei..
berjaman sonyap sopi!

sheila said...

ngah,
kek tompek kojo tu mano ado tenet.. ni ha baru den blaja buek mobile blogging..tu yg menjobo blog pakai enpon ni huhuhu