cendol

Sabtu pagi..kitorang balik Seremban kejap.  Dah set apppointment dengan lawyer untuk sign loan agreement. 

Dah alang-alang sampai Seremban takkan tak balik rumah mama kan..derhaka nanti.  Balik jap sebab aku adalah super mengantuk.  Pagi semalam tido pukul 4.30 pagi sebab budak bujang kecik ni terbangun kul 2 time aku tengah hegeh2 main game.  Pastu dia xleh tido dah.  Dia burak sorang2 sambil lepuk2 muka aku suruh bangun.

Tengah2 mengantuk...dapat makan cendol pulut lagilah layan.  Minum lelaju, burp sesiap pastu babai anak2...ammi nak bobom

Aku makan kat atas meja... si kecik ni layan ABC ngan kakak Alya dia kat bawah.  Dia conquer sorang2 je ok mangkuk tu...siap letak celah kangkang lagi.  Lantaklah kamu anak..ammi dah x larat dah ni.

Bangun tido terus je balik KL semula sebab harini Mr. Kay ada game bola ngan sahabat2 zaman sekolah dulu.  Makanya tak dapatlah aku gi Birthday Party Ian...anak blogger MummyAyu merangkap kawan sekolah rendah aku.

No comments: