Telur Bungkus

Tengah hari tadi aku masak lauk simple2 je.  
Time tengah masak tu mmg rasa eh..takkan ni je.  Takkan ikan aje kite nak makan...lelaju kluarkan minced chicken dari fridge...defrostkan.

Maka jadilah telur bungkus express dengan bahan yang jugak express versi aku.

Bahan-bahan blend / tumbuk:
Bawang besar + bawang putih
Cili kering + cili padi
Chicken cube sikit
Garam

Bahan lain:
 Minced meat
Sayur..aku ada carrot je
Sos Tiram
Telur

Cara:
-  Tumis bahan yang diblend sampai wangi / masak
- Masukkan minced meat, masukkan jugak carrot
-  Tambah sos tiram
-  Kalo kering sangat tambahlah air sikit...sebab kalau inti dia basah2 baru sedap sikit aku rasa telo bungkus ni.
-  Dah siap..letaklah tepi



Pastu ko kacau telo sebijik dua boh garam sikit....dadarkan nipis.  Bila dah masak...taburkan inti yang ko buat tadi...pastu kasi tutup ala2 pataya.  Sudah dibungkus ko bolehlah perasan jadi chef dengan menangkupkan plate ke dalam kuali pastu terbalikkan je.

Inilah hasilnya...intinya adalah pedas sebab aku gi tumbuk cili padi skali.

No comments: