Anak sapa ni??

Last Friday...aku cuti sebab nak setelkan few matters kat Putrajaya.  Adik tetaplah hantar ke babysitter sebab kalau bawak dua2 confirm tak jadi kerja nanti.  Bawaklah si anak dara ni.  Setel sume perkara kat Putrajaya tu...memula ingat nak dropkan Kyra kat rumah babysitter pastu aku gi membeli dan blah kat MidValley.  Tapi kesian pulak....cuba jelah bawak dia.  Abah drop kitorang kat MV.....dan bermula aktiviti mengukur jalan.  Makanya itulah detik pertama ammi berdua2an dengan Kyra!!  Hari ini dalam sejarah gitu.

Sampai kat situ...bawak dia gi shi-shi dulu sbb konon takmo ada gangguan time ammi nak pilih memilih.  Sekali tengah syok belek2 baju....dia cakap.  "Ammi, kasut kakak dah rushak"... tak sempat aku nak telek kasut dia...prappppp dia kepakkan terus.  Nak taknak...ayuhlah anakku...kita gi cari kasut.

Gi BATA je... pastu aku nak cari jenis yang boleh bawak gi jogging.  Sebab yang dia kepakkan tu mmg kasut jogging dia pun.  Cari-cari dapatlah kasut yang bolehhhlahhhhhhhhhhh....sebab dah xde pilihan dan ammi macam tak kose nak belikan kasut mahal2.  Jadilah kasut rege rm39.90 after discount.

Dah sudah bayar...kasi pakai terus pastu konon nak amik gambar BBMkan kat abah dia.  Sekali dia punya posing...hambek ko.  Gila susah nak amik gamba dia berdiri tegak cam gambar kita zaman-zaman kita dulu.

Inilah yang paling tegak yang boleh disnap...

Ada sapa2 berkenan nak amik budak ni jadi model??

Ha....ko boleh amik gamba camni??

Bajet cun sangatlah tu...

Aku nak snap pun jadi malu...sebab orang yang lalu lalang tu cam tengok dia sampai terteleng-teleng.  Yang dia ni pulak jenis.... "ADA KAKAK KESAH??"

No comments: