CPR

Sedang aku berbaring-baring depan tv...aku tengok Kyra tengah tekan-tekan dada Khilfi.  Dan-dan tu aku jerit...."kakakkkkkkkk buat apa tu??"

Kyra:  Adik sakit...kakak buat camni.  (Sambil tunjuk tangan cam nak buat CPR)
Ammi:  Sapa ajar kakak?  Teacher ke?
Kyra:  Tak.  Doctor nada ajar kakak
Ammi:  Sapa doctor nada??
Kyra:  Rasti sakit..doctor nada buat macam ni.
Ammi:  Confuse ok mak...sapa rista....sapa doctor nada ni.


Kejap tu keluarlah iklan sinetron Nada Cinta yang kat channel 104 tu.

Kyra:  Ammi...ni rasti..nada
Ammi:  Ammi blur ok sebab tak tau nama watak2 dalam cerita ni.
Kyra:  Kakak tengok nada kat rumah Mama Su...kakak tengok dengan makcik.

Ok...baru aku paham.

Doktor dalam cerita Nada Cinta buat CPR kat Rasti.  Gitulah aku bajet.

Risau gak dia tekan2 dada adik dia..adik dahlah halus mulus...dibuatnya patah ke tulang rusuk..fuhhhhhhhh.  Aku dah cakap slow2 ngan dia..harap2 dia faham yang dia tak boleh buat macam tu.

1 comment:

✿ pink velvet ✿ said...

bahaya jugaq bebudak ni ye, ade je nak d ikotnyer, haha~