Mr. Kay masuk ward

Semalam Mr. Kay pegi outstation ke Muar sebab ada job...personal job yang tak melibatkan his office.

Sepatutnya harini pun dia masih dia sana tapi disebabkan malang tidak berbau...makanya malam tadi jugak dia sudah dihantar pulang oleh kawannya.  Mr. Kay terjatuh dari tangga masa nak check speaker.  Tangga tu tak dibukak betul2 kot...dia jatuh dalam keadaan dia berdiri and suddenly dia rasa macam tak boleh berdiri.  Kaki jadi longlai...macam terliuk gitu.

Dah malam aku ngan anak2 tidaklah boleh jenguk dia kat spital..sib baik ada kawan dia yang duduk kat area rumah ni tolong setelkan sume admission process.  Pagi tadi around 10ish baru aku sampai spital.  Tu pun mak naik cab je nok.  Sib baik rumah ngan Pantai Cheras Hospital ni tak berapa nak jauh...naik cab kene charge dalam RM8.50 je tadi.  Kalau hari kerja yang jam taktaulah pulak.  Mak ni kan ada lesen agong je.  Huhuhu

Rindu betul dak kecik ni ngan abah dia...sampai2 terus cakap "nak dhido abah".  Dhido adalah tido ye...

Ntah apa yang dia tengok ntah...tv belum on lagi time tu.

"nak dhuyun" katanya...

Alhamdulillah tak teruk keadaan...masih boleh berjalan guna tongkat.  Terbayang2 kalaulah peha ke, keting ke yang kena...lagi susahkan.


X-ray tunjuk tulang yg no 4 & 5 tu patah.  Maknanya tulang yang nak ke jari kaki tu.  Ada 3 tulang yang patah....and according to Doctor mujur jugak urat tak putus ke hapa... kalau urat putus kenalah buat operation.  Yang ni besok baru simen kot.

Harap-harap cepatlah dia disimen..dan cepatlah Mr. Kay boleh keluar dari hospital.

1 comment:

✿ pink velvet ✿ said...

ishk! naseblah takde pape kan...bahaya tu...semoga die cepat sembuh, amin~~