Bandung - Day 1

Hari Jumaat 1/6/2012.

Jam 4 pagi kitorang dah gerak dari rumah.  Van datang jemput kat rumah so takyah susah payah call cab or drive gi airport.  Reach KLIA before 5a.m.  Sampai je kat situ terus kasi je beg2 kat travel leader..since kitorang pergi melalui travel agent...dari A-W dorang buatkan.

Pastu teruslah ke McDonald...kasi segar apa yang patut.  Kasi kenyang mana yang lapar...kasi clearkan pundi kencing anak dara tu.  Kasi ubat tahan muntah kat si kecik tu sebab dia ni agak kritikal sikit bab2 pening loya ni.

Around 7a.m dah boleh check in sebab flight pukul 8.10pagi.


Bukan main lagi sibujang kecik ni bila dah bertemu si dara.  Walaupun tak kenal..dah nama pun budakkan.  Ntah apa yang dorang borak pun aku taktau.

Tetiba tengok kyra dah melekat ngan kakak pada si dara kecik tadi sebab budak tu main game kat tab.

Bila dah naik flight..lega sikit.  Takdelah penat aku nak monitor anak lari ke mana.

Bila dah fly...bolehlah pasangkan kyra cerita yang patut supaya dia tak merengek2.  Makanya dipasangkan movie IceAge.

Yeeehaaaaa... jam 9.10 pagi (waktu Indonesia) bersamaan jam 10.10 pagi (waktu Malaysia) sampailah kitorang kat Jakarta.  Ni tengah tunggu bas datang jemput kitorang untuk ke Bandung pulak.

Tak tido langsung anak dara aku ni dari pukul 3 lebih pagi.


Sampai di Bandung....terus je ke Trans Studio Bandung.  Duduklah situ dari pukul 3 sampai ke pukul 7.


Lepas tu terus gi dinner kat mana ntah...lupa plak aku.  Tapi cantiklah tempat tu.


Lepas dinner teruslah check in ke hotel pulak.  Udah capek banget dong.  Kitorang stay kat hotel BTC Fashion Hotel.  Hotel ni tengah renovation..tapi tetap gak amik customer.  Huhhhhh...

BTC Fashion Hotel Bandung - Guest Room

Biliknya not bad jugak..comfortable and modern style.

Tapi makanannya hampa sekali dong.  No choice.  Nak taknak ko kene makan.

1 comment:

kasihibu said...

wah jauh jalan jalan dik, ada bauh kaki untuk akk? ;p