Bandung - Day 2

Pagi around 7 dah kumpul kat cafe.

Kat Indon ni pukul 6 pagi dah terang macam kul 7 kat Malaysia.  Lagipun jamnya lewat sejam dari Malaysia.

Perjalanan dari Kota Bandung untuk ke kawasan gunung berapi Tangkuban Parahu tu dalam dekat 1 jam jugak.  Sampai kat kaki gunung tu...kita kene tukar dari bus ke van.  Dari tempat transit tu untuk ke atas cuma dalam 10 menet je.


Turun dari bus...nak naik keatas.

Agak sejuk kat atas ni.  Nasib baik ada bawak jacket budak2 ni. 

Suka tau kakak amik gamba camni.  Cun ar tu kononnnya...

Kawah gunung berapi tu.  Masih ada kawasan yang menggelegak lagi kata orang kat situ..tapi aku tak nampak pun. 


berasap


With SIL and FIL.  Uishhhhh awat perut mak camtu???

Kat kawasan ni ramai gila orang yang berniaga.  Pastu kalau ko rasa taknak beli...ko diam je.  Once ko tanya berapa harga...dorang ikut je ko sampai ko rasa cam nak tampar.  Even ko tak layan pun dia follow je ko dari atas turun ke bawah...dari kiri pegi ke kanan. 

Mr. Kay konon nak temankan Khilfi naik.  Padahal dia yang jakun nak naik..huhuhu

 Turun dari kuda padi tu.

Ammi:  Adik suka tak naik kuda ni?
Khilfi:  Suka
Ammi:  Adik seronok tak?
Khilfi:  Seronok
Ammi:  Adik nak naik lagi tak?
Khilfi:  Nanak.

Motif cakap suka ngan seronok tu untuk apa?? Jaga hati ammi ke manja?

*******************

Lepas gi visit kawsan gunung berapi tu...kita ke Kota Bandung balik.  Lunch dulu kat Restoran Sederhana. 
Ini basically sajian Padang which tak berapa kena ngan tekak aku.  Bila takde yang pedas macam ada kekurangan je bila makan.
 

 Lepas makan terus ke Rumah Mode.  Ini adalah one of the best factory outlet katanya.  Masa yang dorang kasi untuk kat sini cuma sejam. 






 I spent only Rp348.000 aje kat sini.  Bila ramai sangat manusia aku jadi cam malas nak memilih...malas nak mancari...malas nak berlaga bontot.

Pastu terus ke Toko Tiga.

Kat sini dorang jual jeans.    

Kat sini aku spent lebih kurang Rp705.000.  Beli 2 helai sluar je pun. 

Aku pun taktau kenapa mood nak bershopping tu takmo mari.  Rasa cam dapat selai pastu dah.  Jom kita naik bus gitu.

Next....kitorang ke Jalan Riau.  Kat situ banyak factory outlets.  Tapi aku takdelah gi terjah satu-satu. 





Kat sini pun aku tak banyak membeli...cuma habis around Rp500.000 gitu aje.  Selebihnya ku duduk minum2 kat cafe sebelah heritage ni ngan Abah.  Rasanya next time kene datang samada dengan kengkawan atau berdua dengan Mr. Kay je.  Tak yah bawak anak-anak.  Aku rasa sebab utama aku hilang mood nak shopping is because of the kids.  Dorang ada masa ok je...tapi bila Mr. Kay kata awak gi cari barang..saya jaga budak...terus aku jadi cam...nak cepat je.  Sebab aku rasa cam tak seronok bila orang dok tunggu aku.

Pastu on the way Mr. Kay dia jalan dulu gi kat bus.  Aku singgah jap kat Terminal Tas.  Ni outlet untuk segala jenis bags.  Belilah beg satu walaupun itu bukanlah original.  Kejap tu tengok Mr. Kay dok ada kat dalam kedai ni...dia tinggalkan anak2 ngan Abah.

Sampai je kat dalam bus ku tengok dah bolen tak berbaju si Khilfi Syahmi.  Muntah free-free je kat atuknya.

Malam ni dinner kat sini pulak.  Aku suka makanan kat sini...sesuai ngan tekak ni.

Lepas makan kluar jap....fuhhhhh ketam nipah faveret aku ni.  Tapi apakan daya...ketam tak masuk dalam bajet pakej ni kot.  Tu yang dia kasi udang ngan sotong kot.

Balik hotel...pack mana yang patut sebab esoknya awal pagi dah nak check out.  Kitorang nak ke Jakarta pulak.

2 comments:

kasihibu said...

tumpang tengok gambar je dik, tp pasal gambar kejab terang kejab golap?

Siti Hawa said...

rindu pula time pi bandung hari tu.. kak rumah mode tu best shoping