Trans Studio Bandung

We went to Trans Studio Bandung on the first day itself.

Trans Studio ni bersebelahan dengan Bandung Supermal.  Tapi agak tak sempat untuk nak berfoya-foya kat situ dengan anak2 yang sibuk nak berlari-lari ni.  Trans Studio Bandung ni terbesar kat dunia katanya.  Ye ke??? Ntahlah tak penah pulak mak nak buat research ni.

Harga tiket Rp 150.000 untuk weekdays dan Rp200.000 untuk Sabtu Ahad.  Maknanya kalau duit kita dalam RM50 gitu.

Dia kasi setiap orang yang bayar sekeping card macam ATM.  Ko boleh top-up card tu kat dlm just in case nak minum ke makan ke.  Yang Rp150.000 tu entry fee je.
Ni contoh-contoh reload card ko.  Aku dapat yang last tu.  Cute je.
 
 Kat sini ada lebih kurang 20 rides yang kalau ko berani ko boleh naik.  Contohnya macamYamaha Racing Coaster, ada Giant Swing, ada Vertigo, Black Heart Pirate Ship..macam2lah lagi.  Tak kuasalah pulak nak ingat semua.  Dapat ingat 2-3 ni pun dah kira ok huhuhu.

Pastu kan..card yang macam ATM tu..kalo ko dah terreload lebih pastu ada balance...ko buleh redeem balik.  Jadi takdelah duit tu burn gitu aje.  Tapi kaunter nak redeem tu bapaklah punya jauh dari theme park tu.  Kene masuk kat bawah mall tu.  Saja je tau biar orang rasa cam "ah jauh gila...malaslah nak redeem...halal jelah".


Waduh-waduh camera ini...suka suki aja mau terang gelapnya

Kyra agak moody sebab Mama & Papanya dah hilang dari pandangan.  Sibuk tau nak dengan mama papa je...mentang2 kakak Aimi dia kat situ.


Aku naik permainan-permainan yang selamat je.  Sebab takde kawan untuk nak mengekstremekan diri.  Lagi satu faktor usia kot...rasa cam ntahlah..keterujaan nak naik vertigo, apa segala jadah yang boleh mengecutkan perut dan rahim dah takde.



 Ni live show.  Dah macam  tengok teater kat Istana Budaya rasanya....kelasss


Ni kat dalam Science Theathre.  Aku ada gak baring atas paku ni..tapi Mr. Kay takmo pun amik gamba aku tau.  Jadi bila papa Kyra naik...laju je aku snap.  Paku ni naik setinggi 4cm.  Tapi sebab badan kita balance..jadi takdelah rasa sakit.

Yang kat tangan tu controllernya.  Boleh nak kasi turun atau naik paku tu.


Besar masalah anak dara aku ni agaknya.  Sampai gitu sekali


Sebab Kyra dah layu..makanya adik took the chance untuk kononnya menolak buggy ni.

 Ini kat dalam kawasan "Dunia Anak".
Yang baju belang tu bukanlah kanak-kanak istimewa...itulah mama Kyra.  Huhuhu...ampun dik.


Excited budak berdua ni dengan stereng.  Lagi laju ko pusing stereng tu...lagi laju cawan tu berpusing.  Pening aku tengok.

Berani ok anak bujang aku naik kereta ni sorang-sorang.  Siap lambai-lambai lagi.  Kereta ni dahlah gerak ke atas ke bawah..agak laju.  Aku yang tengok dari luar ni kecut perut.  Risau kalau-kalau dia berdiri.  Fuh.

With abah & kak lang

Seronoklah kat sini.  Pendek kata kalau ko gi Bandung...janganlah lepaskan peluang datang sini.

1 comment:

kasihibu said...

sangat best anak anak dapat main main tu, kalau abang ariq dapat naik kereta tu wajib tak turun