Aquaria lagi...

Kan dah kata kat sini dulu...saya memang suka ikan.  Dulu pegi tahun 2010...masa tu Khilfi Syahmi baru nak masuk 6 bulan...Kyra pulak belum pun 2 tahun.  Jadi marilah kita pegi lagi skali...lagipun last week kan birthday ke-2 Khilfi Syahmi...ammi sangat kejam cuma beli cupcake harga 2.80 2 ketul je.  Satu untuk Kyra satu untuk Khilfi supaya mereka tidak bergaduh dan berebut.

 07122010304
Budak idong kembang dolu-dolu...

 Kumbang....dalam api neraka ada ni ammi kata Kyra Saffiya. 

Kura-kura albino...

Nak amik gamba ikan besau ni sebenarnya..tp lama sungguhlah akak ni ngan anak2 dia enterprem kat situ..


Ohhhh dapat gak akhirnya..walaupun kanak-kanak ni sikit pun tak hiraukan panggilan aku..


Kyra Saffiya dan Aimi Sofiyah.  Kebetulan sungguh..nama belakang yang hampir sama dan mereka jugak rapat gila-gila punya...


Besar dah budak idong kembang ni...dulu datang Aquaria tak paham satu apa pun


Sangat excited dia..sikit pun tak takut walaupun dalam tu agak gelap
 

Macam muka orang pulak muka ikan pari ni kan... bapak besar baik punya melekat kat atas bumbung aquarium tu

Ok...ini adalah birthday boy harini ... Adli Shah.  Lahir 30.6.2008....tua 6 bulan dari Kyra...tp ramai yang kata kyra lagi besar dari dia..sebab biasalah girls will look more matured rather than boys kan..

 Tak real sungguh bukaan mulutmu Mrs Kay...

Payah ok nak kumpul 4 orang kanak-kanak...sebab anak Mr. Kay yang bujang tu rasa dia memang dah bujang sungguh kot...manjang nak jalan sorang-sorang je

Seee...masih lagi tak boleh nak kumpul semua..

Saya adalah seronok...dan anak-anak juga seronok.  Sampai ke malam si bujang kecik ni masih belum sudah-sudah cerita pasal fish..cerita rekaan dia pun boleh tahan jugak...ntah bila fish tu gigit dia.  Layankan ajelah.

No comments: