First means pertama

Mr. Kay outstation ke Muar last week...dan dia pulang bersama-sama 2 bijik durian, seplastik kupang dan sahabatnya.

Yes...pertama kali masak kupang.  Agak kalut nak kopek cengkerang ke tak perlu ke....jadi macam teringat2 SIL penah masak sekali ngan kulit jadi dicuci bersih2 lalu dicampakkan kedalam bahan tumisan.

Cuci sampai kilat ye...

 Aku telah menumiscilikan kupang tersebut dan Mr. Kay selaku satu-satunya orang yang makan kupang ini dalam rumah ini kata..."ok..sedap".  Ohhhhh i love u darling.

Tetiba...bila puji baru nak sayang...kalo ada komen sikit mulalah nak muncung2.

Yang ni pun ada gak on the same day..tp sikitlah.  Apantah lokam ke lokan ke ahkak pun x sure.  Yang pastinya aku rebus letak serai+bawang merah+bawang putih je. 

Aku adalah manusia yang tak makan perkara-perkara bercengkerang camni.  Kerang makanlah jugak..itupun rendang kerang sahaja..sebab kerang tu dah liat2 sikit.  Kalau benda2 lembik geli2 ni ayioooooo susah nak telan.  Bukan susahlah..masalahnya adalah aku jadi taktau camna nak telan...lupa terus cara nak telan.

No comments: