ooooooo pengsann

* * * Wordless Wednesdaylah sangat aku harini. * * *

Semalamkan aku MC...and since hari Sabtu ni nak buat kenduri kecil-kecilan kat umah baru sempena nak menyambut Ramadhan, tahlil dan jugak kenduri masuk rumah barulah jugak.  Boleh camtu?? Mama pesan suruh bawak balik periuk besar yang ada kat umah aku ngan balang isi air panas tu.  Jadi kenalah gi meredah lautan pinggan mangkuk besen kuali apamende kotak ntah kat dapo tu.

Sekali tengah-tengah adjust-adjust posisi mangkuk2 tu kan.. ohhhhhhhh mak nak fengsan.

Ni keadaan di tepi tong beras...
Patutlah aritu perasan..rasa cam tak selalu masak..tapi cepatlah pulak abis beras ni.

Siapakah suspek utama???

 Gadis rambut parting tepi yang tersenyum simpul ini kah??

Atau

Atau jejaka rambut parting tepi dahi jendul yang mengetap bibir ni??

 Kalaulah ammi ada diwaktu kejadian....confirm suspek2 akan dikenakan hukuman yang sewajarnya.  Tapi sekarang ammi tak dapat mengenalpasti suspek sebenar kejadian...dan ammi pun takde suara nak menyoal siasat...jadi nak tak nak ammi perlu memaafkan suspek2 ini.

ooohhhhh dalam pada nak memaafkan tu...tetap gak kuciwaaaa bila tengok banyak gila beras dalam tong sampah.

Nak guna aku cam risau pulak kot2lah ada tikus ke (walaupun rasa cam takde) tp...manalah tau.  Pastu takut lipas lagi...

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

takde rezeki lah tu.. sabar ye.

eynda said...

Kena pasang cctv ni hehehe....sabar je la :-)