Sibuk je

Sibuk tau pepagi buta dah kacau ammi.  Time-time cuti ni lah ammi nak geledah barang-barang dalam rumah.

Ammi baru je cari-cari balik kasut-kasut lama budak-budak ni.  Yang untuk boy boleh bagi kat anak buah baru aku si Haziq Azmi ni.

Semangat betul dak kecik ni... masa ni umo belum 4 bulan kot....yelah dia lahir bulan 4.

Tengah cari dalam drawer...datanglah si kecik idong kembang tanya...."uwat apa mi?" "apa tu apa tu"?  "acut adik baby"?...wah dia adik baby skrg ni.

 Adik babylah sangatkan

Tiba-tiba datanglah makcik mulut bebel ni.... (dalam hati mungkin dia kata..mana bisa adik je nak show off his morning charm....kakak pun nak tunjuk gak kakak punya morning beauty)

Ek eh...kejulingan pulak adik baby ammi ni..

Segala-galanya menganga...
Sib baik tak nampak apa yang tak patut nampak si Kyra ni...

1 comment:

✿ pink velvet ✿ said...

10 kali baca ayat last akak.. baru perasan si kyra pakai towel je, hahaha~~