Kyra's Convocation

Dah lama dah sebenarnya convo Kyra...tahun lepas.  Internet takde...nak update guna fon macam malas sebab aku x reti nak susun gamba pastu letak caption.  Tapi untuk nak jugak letak "peristiwa" ni dalam blog aku letak jugak.  Kata blog sheilaarshad...maka suka hati sheilaarshad le nak letak cerita kurun ke brapa pun kan.

Convo Date:  24 Nov 2012
Venue:  Kompleks Sukan Desa Tasik
Kindy Name:  Tadika Permata Fitrah

Kyra sebenarnya start sekolah kat kindy ni bulan March.  Motif tak hantar dari January sebab..masa January 2012 aritu umur Kyra baru 3 tahun 10 hari.  Cam alahai keciknya umur anak ammi nak gi sekolah.  Saja-saja cari kindy yang manalah tau sudi terima anak2 yang lewat daftar and tadika Fitrah ni terimalah pulak.  Setttttt...hantar je atlis adalah jugak dia belajar something dari asyik tengok tv je kat rumah babysitter.

Dari March hingga ke November..walaupun cuma 8 bulan je skolah tp dia ok.  Well adapt..banyak gak surah yang dia dah boleh baca and i'm impressed.  So..sila jgn underrated, underestimate kebolehan anak-anak.  Mereka boleh.

Abang Ryan pun datang bagi support kat Kyra..



Alallalla comeynya anak ammi ni.  Prasan tak mak cakap camni?

 Baru dapat pakai mortarboard, hood, gown camni ammi dah heboh sebak..kalo pakai masa ambik degree kat U nanti meghebeh airmata camna ntahlah.


 Anak orang lain diam-diam berbaris dalam barisan...Kyra sibuk lari sana kesini. 

 Nak pakai mata macam ammi katanya.

Tengah standby nak menari lagu waka waka.  



Dipenghujung acara...dorang nyanyi lagu 1Malaysia tu.  No wonder teacher letak dia kat depan pastu tengah..sebab dia budak paling over menyanyi sambil kibar2 bendera.


Tahun ni Kyra tak sekolah kat kindy ni lagi.  This year Kyra skul kat Little Calliph.  Balik sekolah hari2 dia cakap...I am little kalifah of Allah.  Ammi kalifah Allah tak??

No comments: