Saya pun nak

Ya ampun....bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi kat ko wahai Sharmila binti Arshad.  Dah memang ko tak comel...

Tapi yelah bila kita tak lawa...kita naklah jugak merasa jadi lawa walaupun sebenarnya taklah lawa mana pun.

Bila tengok ramai sangat yg sibuk pasal apps Perfect365 tu...makanya ahkak pun donlod le jugak.  Kata taknak miss the plane...so kenelah berada dilandasan yang sama walaupun terkebelakang sikit.

Tapi masa memula mekap2 guna apps ni...ya Allah...tengah senyap sunyi ofis boleh pulak aku terpecah gelak besar..rasa kelakar sangat sebab nak naikkan pipi skali ngan hidung pun terjongket. Hidung sedia ada dahlah mmg dah kembang serombong...bila terjongket boleh tak korang bayangkan?? Nak runcingkan muka hambik dagu je bergerak dahi remain.  Tak ke macam argghhhhhh.

 Kiri adalah wajah yang semakin menampakkan ke'kertu'annya.
Yang kanan nampaklah fresh sikit walaupun kat belah dahi tu dah ada rupa alienlah pulakkan.  Jendul je.  Nak runcing sangat..jadi le gitu. 

Kan seronok kalo takde eyebag itu kan....kan....kan..


No comments: