Penat sangatkah?

Ini pun koleksi gamba2 lama dalam phone.  Bila tengok balik date ni adalah masa hari raya pertama tahun lepas. 

Si adik bujang aku ni tolong Along berniaga kat Night Bazaar...and biasanyakan kalau lagi last day nak raya lagi lewat dorang tutup.  Makanya pagi raya tu pun dah dekat subuh baru dorang balik...and mungkin tau kalau dia tido dia tak akan bangun so...dia pergi solat raya...dia ikut pegi ziarah kubur Arwah Aca (ayah) ngan Mimi (adik aku). 

Since dia pergi cuma naik moto je...after ziarah kubur kitorang pun pergilah rumah my makcik pakcik..rumah first dia pergi, rumah second dia pergi.  rumah third dia kata he will follow dari belakang...memang dia follow tapi kejap je pun kat rumah pakcik tu dia sudah tak boleh tahan...dia nak balik. Oklah.

Dah habis beraya...aku kene balik Melaka pulak...mmg every year camtu..malam raya dirumah Mama kat Seremban tengahari raya baru balik Melaka.  Mujur Mr. Kay sangat understanding...sebab kalau aku pun takde kat rumah mama...maknanya Mama hanya akan sorang2 je kat rumah malam raya.  Along niaga...adik aku pun tolong niaga...

Sampai je rumah...pintu tak bertutup cuma grill je yang berkunci.  Orangnya dah flat.


Yang dibulatkan itu adalah airliur menjejehnya...hahhahah.  Lawak pulak rasa ko ni Yang..dah tua2 tido camtu.