Fucuk Gulung Berinti

Lepas bulan puasa apsal entry pasal makanan je nih??  Nak tambahkan kilo ka cheq??

Mama yang buat ... aku jadi assistant je.

Kuantiti adalah ikut suka korang ye...tengoklah pada kepadatan isi rumah korang.

Bahan-bahan
Fucuk (pilih yang keping2 lebar - direndam)(Bila dah lembut...keringkan sekejap)
Bawang merah (didadu halus)
Carrot (parut)
Sengkuang cina (parut)
Udang dibuang kulit dan dicincang
Daging cincang
1 biji Telur
Tepung jagung sesudu besar
Cili merah dibuang biji, daun sup & bawang dihiris
Garam, gula, cube maggi sikit

Bahan mencelup
1/2 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
(campurkan kesemuanya..kacau biar sebati dan nanti jadi cam likat sikit)

Cara-cara
1) Gaulkan semua bahan-bahan kecuali fucuk hingga sebati.
2)  Potong fucuk ikut size yang korang nak.  Paling senang 5cm x 5cm.  Comey je nanti jadinya.
3)  Bentangkan fucuk yang dah dipotong pastu masukkan inti yang dah digaul tadi dan gulung
4)  Dah siap bolehlah dicelup dengan tepung dan digoreng.

Sedap dimakan panas2...sebab kalau dah sejuk fucuk tu cam liat sikit.






Carrot & sengkuang cina yang dah diparut...sedang ditoskan.

Inti yang dah digaul.

Fucuk yang dah direndam...dikeringkan sekejap sebelum dipotong ikut ukuran yang korang senang nak ngappp

 Dah diletak inti..digulung.  Tapi gamba selepas digoreng macam tak sempat nak snap pulak..kekangan masa katanya.

No comments: