Roti Lapis Daging

I did this last 2 weeks...oklah not bad rasanya.  Khilfi kata rasa macam tulo.  I took this recipe from one website...tp lupa plak apa linknya...and aku rasa itu recipe paling simple dan tak guna cheese.  Cheese takde kat rumah sebenarnya huhuhu.

Bahan-bahan Inti

3-4 keping daging burger (hancur2kan dulu), guna minced meat lagi senang kalau ada
1 biji Bawang merah (potong dadu)
2 ulas Bawang putih (dicincang)
Black pepper
Serbuk kari / cili blend (ikut suka)

Garam / sos tiram / apa2 perasa yang korang suka
Air

Bahan Kisar
Bawang merah, putih & halia sikit

Bahan-bahan Roti
Roti
80gm butter (dicairkan)
Susu cair 1 tin
Telur 3-5 biji
Lada sulah
Garam

Cara-cara (inti)
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih, then masukkan bahan yang dikisar.
2.  Masukkan cili blend/curry powder sampai masak then masukkan daging.
3.  Kacau dan letaklah air untuk empukkan daging tu.  Silalah rasa masin manisnya dan bolehlah diketepikan.


Cara-cara roti
1.  Masukkan butter yang dicairkan, susu cair ke dalam mangkuk.
2.  Masukkan telur, lada sulah, garam...dan bancuhlah sampai sebati.
3.  Dalam dulang...sapukan mentega tepi2...celup roti dalam bancuhan diatas dan susunlah atas dulang tu.
4.  Letaklah daging yang dorang dah ketepikan tadi...pastu letaklah lapisan roti lagi.  Ulanglah sampai habis.
5.  Tekan-tekan sikit biar padant dan curahlah lebihan bancuhan telur tadi kalau ada.
6.  Kalau suka letak hirisan cili kat atas..silakan dan bakarlah pada suhu 160C dalam 30-45 minit.

Senang sangatkan...silalah cuba.



Muka penghasilan adalah agak lebam terbakar...tapi takpe.  baru berjinak2 dengan oven katanya.

Mama suruh buat lagi...balik lepas ni La buat ye...kita kasi pedas sikit inti tu.

No comments: