Semalam di Hospital

Yeayyy masa untuk operation.  Haahahaha gila nak yeay yeay bagai.

Started to fast from midnight.  Dan pukul 7.30 pagi dah tertongok kat Pantai Cheras.  Daftar untuk "check-in" ward.  Insuran aku cover aku untuk 4 bedded yelah...mak ambik premium yg murah2 je masa subscribe dulu.  But I actually requested for 2 bedded ward.  At least ada privacy sikit.  So kene top-up sikitlah masa discharge.

Tetapi...all beds are fully occupied.  Takde ward yang kosong melain Suite and they placed me there tapi cuma charge for 4 bed punya charges.  Ahaksss.

Cam orang kaya-kaya plak duduk dlm bilik sensorang.  Tetiba fefeeling drama melayu kat tv.  Asal masuk sepital je walopon ko kurang duit mesti dapat bilik sorang.  Mahal tu poikkkk.

So, dimulakan dengan aku gi o-oitttt dan terduduk lama dalam toilet sebab leka baca majalah dan nurses dah tunggu kat luar nak amik darah sambil tgk tv sebab aku lama sangat dlm toilet.  Serius aku tak dengar apa2 bunyi dari dalam...dan Mr. Kay sikit tak ketuk ke apa ke.  Ishhhh.  Malu tau kuar2 dengan majalah tekejut akak tgk nurses tu pandang sambil senyum simpul.

Sementara nak masuk OT pukul 11 pagi..doc datang buat marking bagai...and aku pun tertido sambil tgk tv sebab apsal ntah tetiba ngantuk gila babeng.



me watching tv.  nanti last2 i show u remotenya ye..


Suite.  Aku rasa ni suite kelas ke 3 kot.  Ahaks.. sebab kalo kat dlm tv selalu suite ada sofa best.  Ni cam kerusi biasa je..tapi kalau takat nak buat kenduri adik badik masa datang visit sesuai sangatlah.


Lepas dah kluar dari OT...orang2 kat OT waiting area tu ada tanya aku..ada tak sesapa nak tgk lump tu?  Aku bukak mata dalam keadaan yg masih mamai..nampaklah dalam botol  tu keadaan lump tu mcm "coco jelly" sizenya.  Color cam kuning2 coklat cair.  Tapi aku ckp takde sapa nak tgk.  Boleh???  Pastu aku tido balik.  Dorang anta aku ke bilik pun aku mamai lagi..pastu terdengar bunyi hujan kat luar lagilah macam indahnya tido.  Sedar jap dorang kasi aku ubat tahan sakit.  Pastu sedar lagi doc datang tanya keadaan aku.  Tapi seriously aku tido sedar tido sedar je masa tu.

Pastu tersedar pukul brapa ntah..jam takde..nak tekan tv..remote pun ntah ke mana.  Aku rasa nak shishi.  Bangun and pegi toilet.  Dalam toilet masa tengah tarik nafas tu perghhhh macam ada ubat ke hapa ntah kat dada dan aku sedut dan pitam.  Rasa berpeluh2 pening melayang.  Gigih gaklah kencing.  Pastu jalan laju2 gi baring kat katil tp sebelum tu sempat capai remote boleh??

ni hah remote astronya.  Ya Allah keras gile buttonnya pastu nak kene pegang kuat2 kat kepalanya baru boleh tekan.  Dahlah tangan kanan sakit..tangan kiri pun sakit gak sebab kene drip.  Hoiiiiii choiiii.

Dah sudah sessi pitam2 pastu datang pulak sessi lapar.  Mr. Kay tak sampai2 lagi ni sebab tengahari tu dia ada seminar ke apa ntah kat Istana Hotel.  Aku pun tak kisah sgt sebab kalau apa2 boleh je tekan nurse call button tu..tapi I biasalah gedik2 malu nak susahkan orang.

Nampak ada bun diletakkan kat tempat makan tu...aku belasah jelah pau tu smpai rasa nak tecekik sebab xde air.   Takpe kunyah lumat2 sampai 40kali ye Puan.  Kejap tu Mr. Kay datang..yeayyyyyy u're my hero. Get me a glass of water please, ba.

Ni dinner yang aku request sebelum masuk OT pagi tadi.  Deep fried black pepper fish..gitulah rasanya nama menu ni.  Oklah not bad rasanya tapi sayo yg warna kuning tu adalah macam apa ni?? sayo dicurahkan air?

Ni breakfast the next day..oats in low fat milk.  Grrrr..aku gi ambik gula packet tu pastu kacau2 sikit.  Haaaa camni barulah buleh telan sikit.

Ni lunch.  Steamed fish in ginger sauce. Not bad tapi sayo tetap fail. Dah kebulur makan jelah.

Masa tido malam tu aku terjaga around 3am sebab nak shishi.  Bukak2 je mata I was like so terkejut and rasa macam duduk kat hutan.  Serius takut masa tu..dahlah ko duduk dlm bilik sensorangkan.

 Bukan wall paper...ceiling paper? Ada ke camtu..or ceiling deco.  Bebetul atas kepala.  Masa tu rasa macam tercabut jantung...sib baik aku tak buat2 dialog cam.  "Eh aku kat mana ni?? Macam mana aku boleh ada kat sini"...ahahhah.  Tapi cantik...mendamaikan mata.

Doc dah kasi discharge letter before noon tapi sebab aku masuk under GL jadi procedure adalah lambat.  Aku dah brapa kali tido bangun ntah..nak tukar2 channel tv tu mcm huhhhh terseksa jiwa raga mak.  Dan akhirnya around 4 something...dapatlah aku keluar dari "suite" ini.  Perghhh bukan slalu dapat fefeeling orang kaya camnikan.

Masa Mr. Kay tengah amik ubat kat pharmacy...colleague dia datang.  Ini Mrs Kay ke?  I was like "yaa".  This is for you katanya...huhuhuhuuuuuu terharu jap.  Saya bukanlah suka bunga sangat tapi orang dah bagi kita ambik...hargailah pemberian orang.

Dan saya juga agak terharu dengan salah seorang bos saya.  Ye dia lelaki tapi dia lebih ambil berat kesihatan saya...selalu bertanya khabar saya compared to my other 2 lady bosses.  Hrmmmmm sebab tu kadang2 orang kata lelaki lebih sesuai dijadikan kawan baikkan.

No comments: