AKHIRNYA....AISKRIM ITU DITANGAN KAMI

Semalam...pagi-pagi dah kejut anak-anak bangun. Surprisingly, senangnya dorang ni bangun. Cuba weekdays tu....mengeliat sana...pusing sini...mengerekotlah...ngantuklah.

By 8 dah sampai ke Pantai Cheras sebab dah set appointment untuk buat detail scanning. Alhamdullilah everything nampak normal dan mengikut size yang sepatutnya.


Sebelum masuk bilik doktor


The same doctor yang operate perut ammi untuk keluarkan abang Khilfi. Semenjak semalam...lepas nampak je muka baby dia terus jadi abang ok. Tersimpul senyum mulut dia bila doctor tunjuk kat kakak and dia muluy baby yang nganga mencari apantah...kaki baby yang bergerak non-stop...tangan baby yang melambai-lambai.

Buat detail scan harganya adalah RM220.00. Scan tu akan tgk secara detail jantung baby...ada berlubang atau tidak. Perut baby...kepala. Bahagian serebrum serebelum. Tgk mulut baby...samada ada sumbing atau tidak. Memang agak berdebar-debar nak buat scanning ni tp ni salah satu cara untuk redha sekiranya berlaku sebarang kecacatan pada baby and at the same kita boleh berusaha untuk kumpul extra money nak rawat baby. Tapi syukur padamu ya Allah sebab baby ni nampaknya sihat.

Lepas habis scanning...gi sarapan jap sebab the 3 of us dah makan roti. Abah je yang tak makan apa2. Then pergilah ke Mid Valley terus. Pintu Jusco tak bukak pon lagi kitorang dah tercongok depan tu. Shutter tu bukak je teruslah mencari barang baby dengan aman damainya. Takyah nak laga2 montot ngan org.

Pastu marilah kita makan aiskrim. Ammi yang dari haritu teringin strawberry sundae ni. Tapi takkan nak makan sorang2kan....kasilah jugak kat anak2.



Bukan selalu dorang ni dapat makan aiskrim. Bukan kejam tapi masa macam x sesuai. Pagi pegi school...abah ammi jumpa balik anak2 around 6pm. Takkan nak kasi aiskrim time tu pulakkkan.
posted from Bloggeroid

No comments: