AYAM MASAK KICAP

Ini lauk sebelum Khilfi kena chicken pox.  Sekarang ni memang aku pantangkan kicap, telur dan segala yang boleh sebabkan kegatalan untuk satu family.  Tak acilah kalo dia sorang kene berpantang...kesian pulak rasa.  Jadi marilah kita berpantang bersama-sama.

Ini resepi Ahad kot kalau tak silap.  Lepas Mr. Kay gi kerja aku siapkan anak-anak.  Keluarkan ayam from freezer pastu baring2lah kononnnya.  Pinggang adalah sakit.  Sekali terjaga sebab budak-budak ni gaduh menjerit.  Terkejut ahkak...dekat kul 1 dah.  Nasib baik budak-budak ni sarapan nasi lemak pagi tu..so takdelah dorang lapar sangat.

Bangun masak nasi lelaju...pastu blank nak masak apa ngan ayam ni.  Kalo goreng je nanti aku pulak tak boleh nak makan sebab tak berkuah.  Jadi ahhhh kita kicapkan saja.

Bahan-bahan
Ayam
Ubi kentang (dipotong ikut suka)
Bawang merah, putih
Halia
Lada Hitam
Cili Blend
Santan
Stok rebusan ayam
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap-kicapan



Gorengkan ayam ngan ubi kontang.




Sambil goreng ayam ngan ubi tu...siapkanlah bahan-bahan lain ye adik-adik.  Gedikkan aku...dahlah lambat pastu lagi mau tergedik-gedik amik gamba.  Pang karang baru tau.

Cara-cara
1.  Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan lada hitam
2.  Tumis bunga lawang, kayu manis ngan pelaga.  Masukkan bahan tumbuk tadi dan halia.
3.  Masukkan cili blend dan biarkan cili tu masak jap.
4.  Pastu masukkan stok rebusan ayam tu (sebab aku nak kuah dia banyak) dan pekat.
5.  Masukkan kicap-kicap...apa2 jenislah yang korang ada.
6.  Letakkan santan sikit dalam 2-3 besar.
7.  Masukkan bawang hiris bulat tu...masukkan ayam & ubi tadi.  Kacau-kacau tadaaaaa...dah siap.



Masak kicap aku ni agak terasalah kepedasannya sebab ada halia, lada hitam pastu letak cili blend.  Tapi anak-anak makan ok je sebab aku memang ajar makan pedas sikit-sikit.  Sonang kojo omak eh.

At the same time...gorenglah jugak sayur.

No comments: