Kyra's 5th birthday

oooooooooooh ooooooooohhhh

Sorry anak ammi.  Dah 5 tahun 4 bulan umur anak ammi tapi baru harini ammi nak update cerita pasal her 5th birthday.

Takde buat celebration yang gempak pon...ammi cuma tempah cake as per her request.  She requested for something ala-ala princess...there you go.

Hadiah abah yang belikan sebab masa ni ammi adalah sangap dengan morning sickness.  Kalau boleh nak tido 23 jam sehari.

Masa ni end year school holiday.  Dah kata birthday Kyra 21 December...makanya memanglah cuti sekolah.  Biasanya school holiday memang anak-anak..abah ngan ammi hantar ke Seremban.  Pastu abah ngan ammi ulang alik kerja dari Seremban.

Abah nakal...gi letak hadiah kat atas kepala katil masa Kyra dah tido.  Besok pagi tu as usual lepas Subuh aku mesti buatkan susu untuk anak-anak.  Dia pusing-pusing dalam gelap tu pastu terduduk.

Kyra:  Apa ni ammi?
Ammi:  Ntah..ammi pun tak tau.
Kyra:  Macam hadiah je...hadiah kakak ke?
Ammi:  Ye kot.



Muka mamai lagi.


Eh eh..sambung minum susu camni plak..terlelap plak tu.



Bila dah terjaga bebetul baru bukak hadiah...dengan tak gosok giginya.  Belasah jelah...its your day girl.



Dia selalu sibuk suruh belikan Barbie.  Ni abah belikan ala-ala Barbie.  Tak dapek do nak beli Barbie yang original sebab tau sangat perangai Kyra..dia bukan suka bedek patung-patung ni pun.  Kejap je dia punya keterujaan.

Nampak gaya si kecik lebih excited membelek dari Kyra.



And malam baru potong cake.  Nah...princess yang dia nak.  Order last minute nasib baik akak ni setuju nak buat sebab dia ada order lain.  Thanks Kak Sherry a.k.a Petit Chef.

No comments: