LAUK UNTUK CHICKEN POX PATIENT

Since Rabu haritu aku EL.  Bujang kecik aku kena chicken pox.

Sebenarnya, Selasa pagi tu aku realize ada few red spots kat perut dia masa pakaikan baju skolah.  Ingatkan mosquito bites sebab Khilfi biasalah...tido nak angkat bajulah...nak tarik seluar sampai ke lututlah.  Badan kenmain halus lagi...tapi selamba je tido dalam aircond takmo pakai selimut.  Tapi aku snap gak gambar nak tunjuk kat brother-in-law.  Dia lagi arif kot bintik ni bintik apa.  Tapi lambat sgt jawapan dia...so aku end up hantar je dia ke sekolah.























Around 11 dapat message from his school Principal...suruh ambik Khilfi sebab dia kene chicken pox and dah dikuarantinkan dalam bilik Principal.   So, Mr. Kaylah gi ambik.  Aku kat ofis tu macam kucing hilang anak...dok pikir demam dah ke dia ni.  Siapkan seberapa banyak kerja yang boleh.  Sakit pinggang aku berlari ke printer...ke photocopy machine.  Tapi itu semua belakang kira janji aku dapat settlekan perkara-perkara yang pending sebelum aku nak cuti jaga anak.  Anak lagi penting kot.





Sebab dia sakitkan..jadi layan jelah dia nak tengok Ultraman kat my lappy.  Kene hangkut lappy dok depan mata sebab kalo letak kat tempat asal..aku macam tak pecaya je kat tangan dia.  Mesti ada benda yang dia nak korek-korek, godek-godek, tekan-tekan.



Ni gambar breakfast semalam.  Dia nak makan roti dengan daging burger.  Layan jelah.
Dia marah aku letak calamine lotion kat dahi.  Dia kata macam "tambi lele".



Lauk tengahari dia...buatkan tenggiri masak pindang ngan grill chicken.  Mama kata boleh makan ayam...jadi senanglah kerja ammi.  Aci tak aku ketuk-ketuk ayam tu ngan lesung batu je.  Ahaksss.

Aku marinate ayam dengan black pepper, coriander leaf, olive oil sikit, garam ngan kunyit.  Pastu bakar je atas magic pan.



Tada...rupa cam digoreng plak sebab gelap kot.  Tapi oklah texture dia masih lembut lagi.

Harini kita kasi dia sup ikan je.

No comments: