Nasi Ayam Kak Mila

Sabtu 2 minggu lepas buat Nasi Ayam.  The day before tu cakap ngan Mr. Kay...

Me:  Besok saya buat nasi ayam jelah ye.  Malaslah nak masak lauk
Mr. Kay:  Ok.

Pagi tu as usual Mr. Kay pegi pasar....memang pasar tu kerja dia.  Dia lebih hebat kalo gi pasar dari aku.  Aku kalo gi pasar kategori buat nyemak je sebab tak reti pun nak memilih ikan, ayam bagai.

Resepinya...wah cam hebat je nak kasi resepi.

Bahan-bahan
Beras
Ayam
Halia
Bawang merah, bawang putih
Sos Tiram
Sos Cair
Sos Manis
Minyak Bijan
Cili kering
Cuka
Bunga lawang, kayu manis ngan pelaga
Daun pandan / serai

Resepi
A.  Untuk rebusan ayam
1.  Blend bawang merah, putih dan halia.
2.  Lumur kat ayam tu pastu biarkanlah kejap dalam 20 minit.
3.  Atas dapur didihkan air untuk sup.  Biar lebih sebab air tu nanti nak guna untuk masak nasi dengan sup.
4.  Air dah didih..masukkan ayam yang diperap tu.  Rebuslah dengan api kecil sampai 1/2 masak je pastu toskan.

Photo

Mr. Kay beli chicken thigh je.  Senang urusan keje bini dia.

B.  Untuk perapan ayam
1.  Campurkan segala sos-sos kat atas tu dan lumurlah kat ayam tu.
2.  Nak perapkan kejap pon boleh..nak terus goreng pun boleh.  Tapi aku perap dulu biar masuk segala rasa kicap tu kat ayam.

PhotoPhoto

Perasmian kuali baru.  Bila dah goreng tu kasi potong.  Aku tak tahan potong terus..panas kottt.  Jadi aku sejukkan jap baru potong.

Photo

Selepas dipotong...susunlah ikut suka.

C.  Untuk nasi
1.  Basuh beras dan toskan.
2.  Hiris halus-halus bawang merah, putih dan halia (nak blend) pon boleh.
3.  Tumis bunga lawang, kayu manis dan pelaga.  Masukkan hirisan tadi.  Masukkan juga serai dan daun pandai untuk wangikan lagi nasi tu.
4.  Dah wangi-wangi tuangkan beras yang dah ditos tadi.  Kacau-kacau supaya bila masak dalam cooker nanti nasi tu tak bergentel-gentel.  Perasakan dengan garam, chicken cube ke apa2lah yang korang suka.
5.  Masukkan dalam rice cooker dan tambahkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan yang sesuai.

Photo

Tengah menumis beras sebelum masuk ke dalam rice cooker.

D.  Untuk kicap
1.  Tumbuk bawang putih dan halia.  Pastu perah airnya.  Campurkan dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit minyak bijan. Perasakan.
2.  Masak sekejap atas dapur.  Nak tambah air rebusan ayam tadi sikit pon boleh.  Tapi resepi mama aku mmg takyah letak air rebusan.  Dijamin mabeles sebab kuah kicapnya jadi pekat.

E.  Untuk Sos Cili
1.  Blend cili kering dengan bawang putih dan halia (mama kata pakai cili merah tak best rasanya).
2.  Mixkan dengan cuka, garam, gula.
3.  Masak sekejap atas dapur.  Masukkanlah air rebusan ayam tu sikit.

F.  Untuk Sup
1.  Tapis air rebusan ayam tadi.  Sebab tadikan ada hampas halia bawang bagai.  (Kalau taknak tapis pon ok je...)
2.  Panaskan balik atas dapur letaklah garam
3.  Hiris daun sup & bawang dan taburkan.  Siap.

Photo

Hambik...bila orang lelaki yang setkan meja.  Seperiuk sup atas meja.  Lantak situ.

Aku buat gak taugeh ikan masin.  Tapi terlama sikit aku goreng.  Patutnya kena rangup2 gitu..baru sodap.


Lepas masak tu nangis sebab pinggang sakit bagai nak gila.  Lama sangat berdiri kot.  Lelaju gi baring.  Fuhhhh nasib ada adik bujang kat rumah...bolehlah harap dia siapkan pinggang bagai.


No comments: