Sabtu yang indah...

Nampak sangat ini blog mak-mak.  Cerita asyiklah pasal masak-masak.

Semalam Mr. Kay ada job kat area Sunway.  Since Friday actually.  Adik bujang aku pun terpaksa tido kat tempat event sebab kena jaga barang.  Dahlah bisnes baru nak start...kalau barang-barang tu hilang lagilah nangis.

Walaupun ada event...pagi rutin gi pasar on weekend tetap diteruskan.  Aku list down barang yang nak dibeli dan as usual...sukses pembeliannya.  Yang aku pulak tetiap minggu kena beli bawang sebab aku beli 3-4 biji je tiap kali.  Takmo beli banyak2 sebab selalunya busuk gitu je bawang-bawang aku.  Aku kan rajin nau masak.



Masak lomak cili kering letak kobis ngan kacang panjang.



Ayam goreng kunyit yang hitam.
Aku perap ayam guna rempah kerutup + kunyit + garam.  Jadilah dia color gitu.



Sambal sotong.
Sambal ni aku campur cili yang baru blend ngan balance sambal beli nasi lemak breakfast.  Sekali jadi cam manis plak sambal ni.  Dah tak pasal aku hiris cili padi sikit tabur dalam sambal ni.

Itu jelah lauk dikala Mr. Kay takde.

Dah masak aku whatsapp kat group adik bradik Mr. Kay photo collage ni....sekali lepas sejam tengok Mr. Kay balik...hahahhaha.  Lapar katanya.




No comments: