Short vacation - Thistle Port Dickson

Minggu cuti sekolah...sent kids to my mum's house kat Seremban.  Kasilah can bebudak ni main-main basikal walaupun cuma kat porch.  Dari dorang asyik mengadap daycare je kan.

Pastu dah hari Selasa...cam kesian pulak kalau tak pegi jalan mana-mana.  Aku apply leave lelaju untuk Khamis dengan Jumaat tapi takde tujuan pun nak pegi mana.

Memula nak gi Gentinglah...nak gi Cameronlah.  Last-last kita pegi PD jelah.  Dokek.

Surf internet memalam dengan broadband U-Mobile yang macam hampeh haritu.  Sakit jiwa makcik tau.  Tengoklah memacam hotel.  Nak amik Grand Lexis tapi dah full.  Pastu nampak Corus Paradise...harga ok tak mahal..bilik besar..sekali baca review kata ada hantulah bagai.  Cancel.

Last-last tengok Thistle.  Yes...ada kosong lagi untuk check in hari Khamis.  Amik Standard Room je.  Beli kat Agoda.com dapatlah harga RM428++.  Kalau beli direct dengan hotel fuhhhh berfeluh tiak nak bayar.  Dekat RM800 gak.  Breakfast tak included in the price I bought.  Blasahlah.  Kat PD tu berlambak kot kedai sarapan pagi...paling bodo pun karang beli jelah roti dengan peanut butter.

Masa check in tu tanya pasal breakfast...dia kata untuk orang-orang yang beli bilik  thru online kita boleh beli breakfast coupun kat reception dengan harga RM25.00 each.  Kalau beli together with rooms harga breakfast roughly dalam RM46++.  Kids below 7 yrs free.  Lagi murahlah pulak.  Dah murah gitu...amik jelah.  Besok takyah susah-susah nak gi cari breakfast kat luar.

gambar cilok dari internet.


besar jugak bilik dia...siap ada balcony.
Kalau amik standard room ni facing garden je...kalau amik yang Deluxe tu facing beach.  


Toilet agak luas

Check-in pukul 2...pastu paksa budak-budak ni tido dulu kalau nak mandi swimming pool.  Punyalah payah nak tido si pakcik kecik ni.  Kejap tonggeng sana..kejap lompat sini.  Ammi awal-awal dah babai.

Bangun tido bolehlah mandi pool...aku pulak lapar bagai nak rak sebab pagi sarapan sandwich.  Tengahari makan mihun sup je.  Petang meraban lapar.  Ada beli croissant tapi tertinggal dalam kereta.  Bertabahlah perut.




Punyalah besar pool kat sini...tapi bebudak ni nak mandi kat pool yang kecik ni jugak.  Tak thrill langsung pakai life jacket gitu pastu mandi kat tempat yang air tak sampai kat perut pun.

Malam kitorang gi makan kat restoran Seri Mesra.  Dulu kedai dia kat Pasir Panjang...ingat lagi i went there masa pregnantkan Khilfi.  Pastu masa awal-awal preggy yang kalini masa lepak kat Avillion tu ada gak gi kat Pasir Panjang tu...rupa-rupanya kedai dia dah pindah.  Terliur ok aku  teringatkan black pepper crab dia.

Kali ni nasib baik dapat.


Tengah tunggu Mr. Kay ambik kereta...amiklah gambar kaki yang dah timbul urat-urat ni.


gambar ehsan diambil dari google.

Aku order tak banyak...

Ketam black pepper - 2
Talapia bakar - 1
Sup sayur
Lala masak Halia (yang tak kunjung tiba)
Orange juice - 3
Lime juice - 1

Total RM118.00


Gambar makanan memang tak sempat amik sebab lauk sampai satu-satu.  Dahlah aku kebulur tahap gaban.  Ingatkan ketam tu aku sorang je yang makan...rupa-rupanya anak-anak pun suka gak.  Orderlah satu lagi walaupun tau lambat sampai.  


Pagi lepas breakfast bebudak sambung mandi kat pool lagi.  Kali ni aku suruh dorang mandi kat pool yang dalam sikit.  Lagipun malam tadi dah gi cari pelampung tangan tu kat PD.  Takdelah over sangat pakai life jacket tu mandi kat pool...macamlah nak pegi snorkeling.


Mandi kat pool yang ni pulak.  Ada gak slide walaupun satu.  Tapi slide dia adalah lengkok-lengkok.


Abah ngan anak-anak berendam, ammi berjemur.

Korang mandilah ammi nak naik bilik tidur.  Rasa mengantuk macam hapa ntah.  

Pukul 12 marilah kita check out dan terus balik KL.  Since harini hari Jumaat and next day tu abah pulak ada football match ngan kawan-kawan area rumah ni.  Dah sampai KL...abah nak perform Jumaat prayer plus panas berdengung cuaca...mood nak makan kat kedai pun takde.  

Jadi suruh je Mr. Kay beli nasi putih 3 bekas...kita gorengkan aje kat rumah guna apa-apa bahan yang ada.


Jadilah untuk isi perut.  Nyaman sangat rasa udara dalam rumah sendiri daripada kena makan kat kedai yang confirm berbahang.


1 comment:

ismahasmi said...

Salam. Wah macam seronok je thisle tuh. rasa2 macam nak try jugak pegi dekat situ. boleh bawak mak & anak2 buah ke situ. sebab ada water slide. hehehe.