HOW CAN I LIVE WITHOUT HIM

Mr Kay admitted hari Isnin haritu.

Bisuls kat badan dia macam suka2 hati bila nak kliar bila nak pecah. Motif letak bisuls sebab bukan sebijik ok.....plural.

Petang Isnin tu jugak doctor operate buang bisuls tu. Ada 5 tempat altogether.

Isnin aku balik kerja sendiri dalam hujan lebat. LRT cam haremmm. Dah elok2 naik aliran Sri Petaling sampai ke Chan Sow Lin kene turun sebab tren tukar route ke Ampang. Puiiii sungguh. Naik jam pinggang aku tunggu. Ini sangat tidak.boleh jadi. Mari kita cari taxi. Terima kasihlah pada apps MyTeksi sebab mudahkan kerja pencarian teksi aku. Dekat pukul 8 baru dapat amik anak2 kat nursery. Kyra kata...."kakak dah nak kluar airmata sebab abah dengan ammi tak datang-datang". alahaiiiii meruntun jiwa.

Malam tu memang aku x dapat gi spital tengok Mr. Kay. Call dia masuk voice message. Gigih aku cari nombo tipon spital nak bercakap gak ngan laki aku. Gila tak keruan woooo. Alhamdulillah...Allah masih kurniakan aku akal fikiran untuk berfikir jauh. Managed to talk with him walopon dia masih mamai sebab masa op tu doc fully biuskan dia. Aku nak tau dia ok je.


2 tempat berjahit....lagi 3 tidak dijahit. Disumbat dengan kain gauze. Semalam pagi masa nak buat dressing tu nurse bukak plaster. Puan bini ni dah rasa nak pitam. Hijau biru merah dah aku tengok bahagian tak berjahit tu.

Petang selasa aku dah nak booking cab dah untuk jemput aku dari ofis...tup tup dia hantar whatsapp tunggu dia kat ofis. He applied for home leave. Kul 10mlm kene check in hospital balik. Oh my man.

Pagi tadi pulak....kul 5.50 masa org azan subuh aku dengar bunyi kunci. Agak cuak...rupanya dia balik sebab nak hantar anak2 gi school...and hantar aku gi kerja. Now u tell me how can I live without this man. Ehhhh berkaca plak mata aku.


Nampak...ada dua gelang ditangan itu. Jam dan gelang hospital. Nasib baik both sama color.

Thank you ba sebab dalam keadaan awak yang macam ni pon awak masih tak lupa tanggungjawab pada saya ngan anak2.
posted from Bloggeroid

No comments: