JENG JENG JENG

Check-up was done masa aku 26th weeks.

Awal-awal lagi sebenarnya dah tau gender baby...masa week 16.  Tapi biasalah macam Abg Khilfi, si adik pun sangat tak reti duduk dendiam dalam perut.  Kejap bukak kaki kejap katup kejap silang...fuhhhh.  So malas nak ambik port sangat.  Lagipun tak kira apapun jantina....aku mmg takkan beli baju color pink.  Orang bagi present aku ambik...rezeki jangan ditolak katanya.

Berat badan aku naik tak banyak sangat pun.  Sebulan sebelum pregnant dalam 58++.  Pastu ginilah.  Cumanya pregnant kalini berat badan tak turun mendadak.  Walaupun makan uwek makan uwek tapi selera makan tu masih ada.  Syukur.

So far check air ketuban semua ok.  Aku seriau sebenarnya dengan kes air ketuban kering sendiri dalam rahim.  So, yang ini air ketuban adalah diparas normal.  Size baby pun normal..dan doctor jangka baby akan besar sikit dari Khilfi base on measurement yang dia buat.  Masa Khilfi dulu awal2 doctor dah cakap dia dalam kategori "small baby".  Haaaa mmg betul.  Kadang-kadang orang yang taktau umur dia akan cakap...petahnya budak ni cakap.  Padahal mmg sepatutnya budak 3yrs ++ petah kot.  Cuma sizenya kecik.  Tu je.  Baju dia masa setahun dia masih boleh pakai sampai sekarang ok.  Jimat sangat tu.  ahakssss.


Alololo...tak sabarnya nak cium bau mulut itu..leher itu...



1 comment:

mummy_ayu said...

boy ke?
nampak mcm boy..