KERABU PEDAL

Buat ni masa balik rumah Mama last 2 weeks.  Mula-mula Mama teringin nak makan kerabu daging (sapa yang mengandung pun aku taktau...Mama pulak yang over teringin itu ini)...tapi pakcik jual daging kat pasar tani tak meniagalah pulak haritu.  Ada pedal...mama belasah je beli sebab mama kata teringat aku penah buat kerabu pedal beberapa tahun dulu.  Fuhhhh itulah pertama kali aku buat kerabu pastu mama suruh buat lagi.  Berpeluh Kak Mila nak recall resepi.

Terus feeling-feeling chef plak nak kasi resepi...hehhe

Bahan-bahan
Pedal ayam (direbus dgn garam sikit, tos dan hiris nipis)
Bawang 1 biji (dihiris)
Serai 2-3 batang (dihiris)
Bunga kantan 1 btg (dihiris)
Cili api (ikut suka)(dihiris)
Timun (dihiris)
Tomato (dihiris / didadu)
Daun kesum (aku tak guna sebab tak suka bau dia)
2 sudu besar kerisik
Perahan limau (aku takde limau...guna jelah lemon)
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1)  Gaul je semua bahan diatas sehingga sebati.
2)  Rasa garam gula...dah siap.  Boleh dimakan
3)  Susah gilakan cara nak buat...huhuhuhu.

Bahan-bahan yang dah dihiris

Pedal yang dah ditos & dihiris


Hasilnya pada sebelah malam...siang hari lupa nak snap huhuhu.

No comments: