Khilfi masuk ward

Khilfi had fever dari hari Rabu membawa ke Rabu minggu lagi satu.  Mula-mula tak nampak apa-apa tanda kat badan dia.  Hari Isnin pagi perasan ada macam merah-merah dalam kulit tangan dia.  So, I told Mr. Kay to bring him to klinik buat blood test ke apa yang patut.  Gi klinik area rumah doctor tu kata tonsil dia je yang bengkak.  Takde tanda denggi ke apa..so takyah buat blood test.

Aku geram ok...aku nak buat gak blood test sebab aku nak hati aku puas.  Aku nampak ada cam merah kat dalam kulit tangan tapi doc tu kata takde apa.  Selasa dia gi school macam biasa tapi petang tu masa balik kerja nampak mmg ketara sangat merah-merah dalam kulit dia.  Macam "air mandi" yang biasa ada kat baby baru lahir tu.

Malam tu Mr. Kay bawak Khilfi ke emergency HUKM utk buat blood test and nahhhhhh platelet dia 97 ok.   Puih sangatlah kat doctor yang kata takde apa2 semalam tu.  The next day kene bawak lagi sebab masa gi malam tu katil kat HUKM full.  Doc kat situ kata kalau ada katil mmg dah kene warded terus.  Jadi esoknya kitorang tak gi HUKM...pegi je kat Pantai Cheras buat blood test lagi skali and confirm denggi.  Jadi silalah check in ye anak.  Senang doctor nak monitor buat blood test hari-hari.



Ni amik darah kat Pantai...chill je anak aku ni siap borak-borak ngan uncle tu.



Dah check in tapi belum pasang drip lagi kat tangan...sihat je nampak anak aku ni.  Siap boleh main lompat2 lagi.



Yeayyyy...dah pasang drip.



dah makan jadi dia nak tido.  Nak ammi tido sebelah dia.  Ammi pun apa lagi ammi kesempatanlah kan.



Siang ammi tumpang tido...malam abah pulak bantai tido.  Sapa yang sakit ni?



Esoknya moody sikit.  Pagi biasanya mintak offkan drip tu jap sebab nak mandikan dia.  Kasi can dia gi main jap...bila on balik dia nangis.  Kata sakit.  Sebenarnya rasa sejuk kot bila air tu lalu ikut urat.  Beriya-iya nangis sampai mintak tolong hahhaha...

Blood result untuk second day drop sikit dari first day...dari 123 drop tu 107.  Huhhhhh kan tak boleh balik lagi.  Risau gak bila platelet drop padahal dia mmg minum air banyak gila sampai lencunlah diapers bila tido malam.



Pagi esoknya pulak lagi best...kul 9 baru bangun.  Malam sangat best dia layan ammi.  Kejap suruh picit kaki..picit tangan picit kepala sampai kepala ammi pun naik weng.  Tak pasal-pasal hari Jumaat tu ammi tak posa.  Terlajak bangun.  Konon nak puasa gak tapi bangun kul 6 perut dah kebulur camna nak tahan sampai buka.  Sian baby dalam perut nanti.

Blood result hari ke-3 alhamdulillah.  Naik banyak jadi 132.  Doc kata bila naik biasanya akan naik dan teruskan bagi dia minum air banyak-banyak.

Hari Isnin aritu ada follow up check up and yes...darah dia dah normal.  Reading adalah 261 cuma doctor kata hati-hatilah.  Setiap orang akan kena denggi biasanya dalam 4x.  Yang first camnilah tak berapa teruk...yang kedua payah nak cakap.

So ammi officially dah start cuti dari 2/7/14 sampailah ammi bersalin.

3/7/14 gi check up kat sini.  Doc bagi MC terus sebab aku kata takleh jalan.  Sakit sangat kat previous czer scars tu..pastu kat belah kiri perut rasa macam kene toreh ngan pisau pun ada bila baring/jalan.  BAyangkan baring pun xleh ni kan pulak nak berjalan.  Kalau kat ofis tu lagilah...nak gi bilik boss sekianlah punya jauh nak berjalan.  Nak gi toilet pun sekian jauh.  Thank youlah doctor sebab faham keadaan saya.

No comments: